Kepala berdenyut lepas makan di luar, bagaimana nak kesan masakan banyak MSG?
KALAU makan di luar, antara perkara sukar untuk dikesan adalah bahan yang digunakan dalam masakan.
Bagi sesetengah individu, menikmati hidangan mengandungi perasa tambahan seperti monosodium glutamate (MSG) adalah perkara biasa, tetapi ada juga yang 'alah' terhadap bahan itu.
Di Threads, seorang wanita berkongsi tentang dirinya yang akan berasa kurang selesa setiap kali makan masakan dipercayai menggunakan MSG.
“Macam mana kita nak tahu masakan letak serbuk MSG atau tidak? Sebab setiap kali termakan makanan ditambah perasa tambahan, kepala terasa nak pecah.

“Kalau hari kerja biasanya memang makan tengah hari di luar. Tapi bergantung pada kedai. Ada kedai makan tak ada masalah, tapi ada juga lepas makan 'auto' sakit kepala berdenyut,” kongsinya di Threads.
Menurut individu itu, dia sememangnya tidak menggunakan serbuk MSG ketika memasak di rumah dan jarang mengambil makanan yang diketahui menggunakan bahan perasa tambahan tersebut.
MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing
MENARIK DIBACA: Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi
“Saya tak biasa, di rumah pun tak guna serbuk MSG. Tapi pergi kedai makan rasa sedap saja.
“Kadang apabila terlebih makan serbuk MSG, rasa tak sedap badan pun ada,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas menikmati makanan di luar yang dipercayai menggunakan MSG berlebihan.
Ada yang mendakwa mereka akan berasa sangat haus selepas menikmati hidangan yang mengandungi banyak bahan perasa tambahan.
“Semua masakan di kedai makan guna serbuk perasa, lebih-lebih lagi makanan segera, lebih kuat rasanya.

“Kalau saya, akan rasa haus sangat. Itu cara untuk kesan sama ada kedai tu guna serbuk perasa tambahan berlebihan atau tidak.
“Ya Allah sama macam kita. Kalau banyak sangat, sampai seminggu boleh sakit kepala.
“Kebanyakan kedai luar guna serbuk MSG. Tapi kita sakit kepala bukan sebab masakan itu guna serbuk perasa semata-mata. Biasanya punca bila bahan (MSG) itu berlebihan,” antara komen netizen.
Justeru, pengguna yang sensitif terhadap penggunaan MSG disarankan supaya memasak sendiri di rumah yang mana masakan tersebut dijamin tidak menggunakan bahan perasa tambahan.
Mereka juga disarankan supaya tidak mengunjungi lagi kedai makan atau restoran pernah dikunjungi sebelum ini yang dipercayai menggunakan perasa tambahan secara berlebihan.