Pembeli kecewa, dakwa chocojar dipromosi Ameera Khan indah khabar dari rupa
PEMPENGARUH Ameera Khan mencuri perhatian apabila menjalinkan kolaborasi dengan jenama produk coklat balang (chocojar) sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, produk yang diterima oleh pembeli menjadi bualan hangat di media sosial.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads yang membeli pek percubaan (tester) chocojar tersebut dan mendakwa produk diterimanya tidak sama seperti yang dipromosikan oleh Ameera atau turut dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK).
Dakwanya, 'tester' berharga RM9 itu kelihatan kering selain kuantiti coklat yang disalut pada bijirin juga sangat sedikit.

“Both is Tester. Tapi... expectation (jangkaan) vs reality (realiti). Terdiam seribu bahasa.
“Tester pun kena bayar ya, bukan percuma, tapi dapat macam ni. Indah khabar dari rupa,” dakwanya menerusi hantaran di Threads.
Wanita itu turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan keadaan produk yang didakwa diterima dan membandingkannya dengan gambar promosi.
Dalam pada itu, wanita itu menjelaskan ini bukan kali pertama dia membeli produk keluaran adik kepada pengacara Noor Neelofa itu kerana sebelum ini dia sering membeli secara terus di kafe jenama berkenaan dan berpuas hati dengan kualitinya.
MENARIK DIBACA: Harga nasi ayam Mama Tini dipertikai, anak sulung Noor Kartini tampil beri penjelasan
MENARIK DIBACA: Jual sambal nasi ayam 150ml, Mama Tini perjelaskan kewajaran harga RM18
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati kualiti produk yang diterima kali ini menurun berbanding pembelian terdahulu.
“Selalu kita beli terus di kafe ChocoLoco je memang sedap. Tapi sekarang kafe ada dekat Publika je dan 'rice tub' ni dah 'discontinue'.
“Itu la kita beli tester sebab dah pernah makan so tahu la rasa dan kualitinya, bukan beli sebab si LMK tu.
“LMK tu terselit nama sebab kolaborasi je, ini bukan produk dia keluarkan sendiri pun. Benci tester dapat coklat kering yang 'hado' (mengecewakan),” dakwanya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut tidak berpuas hati dengan kualiti produk tersebut.
“Chocojar dekat TikTok pun nampak lagi sedap dari yang ni. Apa yang teruk sangat ni?
“Kenapa masih ada lagi yang nak 'support' bisnes 'family' ni?
“Weh tester dia RM9 tau tak. Gitu je dapat. Tak 'complain' ke sis?” antara komen netizen