info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Dulu KA lancar produk di kedai runcit, pelancaran Sambal Nyet Bilis dibuat di bangunan ke-2 tertinggi dunia

Lead Image

SELEPAS mengumumkan bakal melancarkan produk keempatnya iaitu Sambal Nyet Bilis pada 7 Ogos 2026, pempengaruh dan usahawan Khairul Aming sekali lagi memancing perhatian apabila memaklumkan pemilihan Menara Merdeka Maybank atau sebelum ini dikenali sebagai Menara Merdeka 118 sebagai lokasi pelancaran.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Khairul Aming atau mesra disapa KA tidak dapat menahan sebak kerana tidak menyangka dapat menjejakkan kaki ke puncak bangunan ikonik negara itu dengan membawa produk baharunya.

Menurut KA, dia menitiskan air mata apabila mengenangkan penat lelah serta usahanya selama ini yang kini membuahkan hasil membanggakan.

Khairul Aming sendiri tidak menyangka bakal menjejakkan kaki ke puncak menara kedua tertinggi dunia itu dengan produknya.

"Majlis pelancaran Sambal Nyet Bilis akan bersiaran lansung dari puncak Merdeka 118 (Menara Merdeka Maybank), mercu tanda tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.

"Menitik air mata ketika 'edit' video mengenangkan penat lelah berusaha dari dulu lagi.

"Enam tahun lepas botol Sambal Nyet (produk pertama) dilancarkan di sebuah kedai runcit tepi jalan, dan sambal kedua (Sambal Nyet Bilis) akan dilancarkan dari puncak tertinggi negara," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Khairul Aming perkenal sambal bilis pula, sanggup turun laut demi hasil terbaik

MENARIK DIBACA: Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan

Dalam video tersebut, pemuda berusia 33 tahun itu turut memberitahu siaran langsung pelancaran Sambal Nyet Bilis bakal menjadi acara terbesar yang pernah dianjurkan.

"Majlis pelancaran ini akan jadi 'livestream' terbesar pernah KA buat dan banyak persediaan perlu dibuat (untuk merealisasikannya)," katanya.

Pencapaian membanggakan yang dikongsikan KA membuatkan ramai pengikutnya turut tumpang gembira, malah menyifatkan pelancaran Sambal Nyet Bilis di Menara Merdeka Maybank sebagai 'bukan biasa-biasa'.

Acara pelancaran Sambal Nyet Bilis bakal mengangkat tema kemerdekaan.

Difahamkan KA menjadi individu pertama melancarkan produk di menara yang menjadi kebanggan negara itu.

"Tahniah KA! Kau manusia pertama yang lancarkan produk di bangunan tertinggi di Malaysia dan yang kedua tertinggi di dunia.

"Bukan biasa-biasa boleh sampai ke puncak.

"Saya hilang kata-kata melihat pencapaian seorang KA," ujar pengikutnya dalam media sosial.

Majlis yang dijadualkan pada Jumaat akan dilaksaakan secara penstriman langsung dengan mengangkat konsep kemerdekaan bagi memperingati jasa pejuang yang berusaha keras membebaskan negara daripada penjajahan kuasa asing.

Sambal Nyet Bilis merupakan produk keempat Khairul Aming.

"Majlis ini nanti akan berlangsung selama tiga jam dan sejurus Sambal Nyet Bilis 'sold out' (habis dijual), saya akan sambung dengan jualan produk lokal untuk meraikan jenama tempatan dan bantu peniaga kecil," ujarya.

Terdahulu, KA menarik perhatian ramai apabila berkongsi proses menghasilkan Sambal Nyet Bilis apabila dia sendiri sanggup turun ke laut di Setiu, Terengganu untuk melihat proses nelayan menangkap ikan bilis.

Selain itu, KA turut ke Banting, Selangor bagi melihat proses penanaman cili oleh petani tempatan sebelum menentukan jenis cili sesuai digunakan dalam resipi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Bahan asas cuma tepung dan air, ramai pertikai harga bagel cekik darah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Maksud 'tumis', nasi goreng Cina dan nasi goreng USA menurut tafsiran netizen

Terhangat