info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Maksud 'tumis', nasi goreng Cina dan nasi goreng USA menurut tafsiran netizen

Lead Image

ADA sesetengah istilah dalam dunia masakan seakan-akan sudah sebati dalam kehidupan seharian, sehingga ramai tak pernah terfikir tentang maksud sebenar di sebalik perkataan tersebut.

Perkongsian ringkas seorang individu dikenali sebagai Ezzwan Mardzi mencuri tumpuan netizen apabila dia memberitahu tentang singkatan perkataan ‘tumis’.

“Baru tahu perkataan ‘tumis’ tu bermaksud ‘tuang minyak sikit’,” kongsinya di Threads.

Perkongsian itu mengundang reaksi warganet dengan ramai mengambil kesempatan untuk berkongsi maksud atau singkatan istilah makanan digunakan dalam kehidupan seharian.

Nasi goreng USA dikatakan bermaksud udang, sotong dan ayam digunakan dalam hidangan itu.

Berikut adalah tiga jenis nasi goreng yang sering dijual di kebanyakan kedai di Malaysia, tetapi tidak ramai tahu maksudnya.

Sama ada maksudnya benar atau tidak, perkongsian netizen ini sememangnya boleh diterima akal.

1. Nasi goreng Cina

Nasi goreng Cina antara menu harian mudah ditemui di kedai makan, netizen pula tampil dengan tafsiran tersendiri.

Menurut decode dikongsikan, 'Cina' adalah singkatan bermaksud Chilli Is Not Available.

Betul atau sekadar gurauan, pasti istilah itu membuatkan ramai mula berfikir dua kali setiap kali memesan sajian ini yang mana nasi goreng Cina sememangnya langsung tidak mempunyai rasa pedas..

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar sedap dibuat jus, buah delima agen penghasil kolagen wajah

MENARIK DIBACA: 7 makanan sunah ini bantu kawal diabetes... Kajian penyelidik turut sahkan nutrisi, keberkesanannya

2. Nasi goreng USA — Udang, Sotong, Ayam

Bagi peminat nasi goreng USA, singkatan ini mungkin sudah tidak asing lagi.

Tak perlu pening nak hafal nama panjang, 'USA' merujuk kepada 'udang, sotong dan ayam' iaitu tiga bahan utama menjadi pelengkap kepada hidangan nasi goreng itu. 

Netizen turut berkongsi pelbagai tafsiran istilah makanan lain.

3. Nasi goreng biasa

Lain pula dengan nasi goreng biasa didakwa memiliki maksud tersendiri.

Seorang netizen memberitahu, 'biasa' sebenarnya merujuk kepada 'bilis, ayam dan sayur' yang dimasukkan dalam sajian nasi goreng.

Betul atau tidak istilah digunakan, ‘lawak dapur’ dikongsikan netizen membuatkan ramai mula sedar bahawa terdapat perkataan dalam dunia kulinari sebenarnya sepadan dengan maksudnya. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Dulu KA lancar produk di kedai runcit, pelancaran Sambal Nyet Bilis dibuat di bangunan ke-2 tertinggi dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Botol mineral, isi air sungai! Taktik nenek jual minuman cetus kerisauan

Terhangat