info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Demi lima cucuk sate untuk adik terlantar sakit, abang rayu tugas cuci pinggan kotor

Lead Image

HATI siapa tidak tersentuh melihat seorang abang yang sanggup berkorban demi memenuhi keinginan adiknya yang sedang sakit.

Penjual sate dikenali sebagai Adie Damdi berkongsi kisah seorang abang merayu kepadanya untuk bekerja sebagai tukang cuci pinggan demi mendapatkan upah sate bagi memenuhi keinginan adiknya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, penjual sate tersebut berkata dia didatangi seorang remaja lelaki yang meminta untuk menjadi pencuci pinggan selama 10 minit demi sepinggan sate panas.

Remaja tersebut mendakwa adiknya yang demam di rumah teringin untuk makan sate.

"Masa tu gerai tengah kelam-kabut, pinggan mangkuk bertimbun kat singki belakang. Tiba-tiba ada seorang remaja lelaki, baju lusuh dan basah lencun peluh berdiri teragak-agak kat pintu dapur.

"Ingatkan dia nak minta sedekah. Tapi dia tak hulur tangan. Dia pandang budak dapur kitaorang dengan mata terdesak gila sambil cakap bergetar.

"Bang, boleh tak kalau saya tolong cuci semua pinggan kat belakang tu 10 atau 15 minit. Saya tak nak duit, saya cuma nak tukar dengan lima cucuk sate ayam je," katanya.

Terkejut mendengarkan permintaan tersebut, penjual sate itu mula bertanyakan kisah sebenar yang dilalui remaja berkenaan.

Kata remaja tersebut, dia mahu memenuhi permintaan adiknya yang sedang demam untuk makan sate, namun malangnya dia tidak mempunyai wang.

MENARIK DIBACA: "Ayam gepuk 'for life', tapi jangan buka kedai lagi" - Imran Ajmain

MENARIK DIBACA: Maksud 'tumis', nasi goreng Cina dan nasi goreng USA menurut tafsiran netizen

"Adik bongsu saya di rumah demam panas. Dia tak mahu makan nasi, merengek nak makan sate.

"Saya tak ada duit langsung, tapi saya tak nak mencuri atau minta sedekah.

"Saya nak usahakan dengan tulang empat kerat saya," kata remaja tersebut.

Terkesan dengan kisah yang dikongsikan, penjual sate tersebut tidak sampai hati membiarkan remaja berkenaan mencuci pinggan mangkuk dan bermurah hati untuk memberikan sate seperti diminta secara percuma.

Peniaga sate yang tersentuh dengan kisah remaja tersebut akhirnya memberikan sate secara percuma untuk dibawa pulang.

Menurutnya, dia tersentuh melihat pengorbanan dan kasih sayang seorang abang untuk adiknya sehingga sanggup merendahkan diri merayu untuk bekerja.

"Masa hulurkan bungkusan sate, saya selitkan sedikit duit ubat untuk adiknya. 

"Budak tu menangis teresak-esak. Tingginya maruah seorang abang," katanya.

Perkongsian kisah menruntun jiwa itu turut mendapat perhatian netizen apabila masing-masing menzahirkan rasa terharu dengan kemuliaan hati penjual sate tersebut.

Antara komen netizen yang memuji kebaikan hati penjual sate tersebut.

"Terima kasih manusia baik. semoga tuan dan pekerja semua masuk syurga Firdaus. Sebagai mak mana boleh dengar budak sakit, budak lapar dan orang susah.

"Alhamdullillah. Sebak bila baca kisah ni bergenang air mata bila ada insan mulia yang memahami dan menghulur bantuan. Setiap sedekah dari kita akan dibukakan 10 pintu rezeki yang lain.

"Terima kasih orang budiman. Allah balas semula dengan lebih keberkatan dan rezeki," demikian pujian netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Lutut ke, buku lali? Pelanggan rasa tertipu lepas beli paha ayam promosi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Berniaga dari bangunan tertinggi Malaysia, sambal KA 'sold out' tak sampai 2 minit

Terhangat