Anehnya 'rupa' sajian 'grilled chicken' di kedai Pantai Timur - "Gaya barat apa ni?"
SEORANG pelanggan terkejut dan dalam masa sama berasa geli hati apabila melihat hidangan 'grilled chicken' (ayam bakar) yang dipesannya di sebuah kedai di Pantai Timur.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia menjangkakan hidangan 'grilled chicken' yang dipesan bersaiz normal, namun terkejut apabila ayam yang disajikan saiznya sangat kecil.
Lebih aneh, hidangan tersebut turut disertakan dengan keropok lekor, bukannya kentang goreng sebagai makanan sampingan seperti kebiasaan.

“Sekejap, rasa berbaloi ke aku bayar RM15 untuk 'grilled chicken' macam ni?
"Tak reti aku 'western style' (gaya barat) apa ni? 'Jam' otak sungguhlah," tulisnya sambil berkongsi gambar hidangan.
Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan sekeping ayam panggang bersaiz kecil bersama timun, tomato dan salad, selain beberapa batang keropok lekor.
Kejadian yang dianggap melucukan itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial apabila mereka turut terhibur melihat kombinasi makanan tersebut.
MENARIK DIBACA: Tiada penyesalan tinggalkan karier doktor gigi, Pastribella kebahagiaan sebenar Dr. Ezani
MENARIK DIBACA: Malaysia tembus senarai 'World’s 101 Best Steak Restaurants 2025'
Ada yang menyifatkan hidangan berkenaan pelik kerana elemen sampingannya lebih menyerupai hidangan nasi ayam, manakala keropok lekor pula dianggap sebagai pengganti kentang goreng.
“Sakit mata tengok. Apa benda begitu? Dengan timun tomato salad dah macam nasi ayam. Tiba-tiba letak kepok (keropok lekor).
“Ni 'western' dekat kedai Siam ke? Pernah terkena lepas tu taubat nak beli 'western' dekat mana-mana kedai Siam.
“Kepok ganti fries ke? Bijak sungguh.

Dalam hantaran sama, pelanggan itu memberitahu niatnya bukan untuk menutup rezeki pengusaha kedai makan, sebaliknya sekadar ingin berkongsi pandangan sama ada makanannya berbaloi dengan harga dibayar.
"Bukan nak tutup periuk nasi orang lain, tapi nilailah sendiri. Berbaloi ke bayar RM13 hingga RM28 untuk makanan begitu?" jelasnya.