info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ada cengkerang dalam Sambal Nyet Bilis, netizen anggap tanda produk ‘fresh’

Lead Image

SEJAK dilancarkan minggu lalu, Sambal Nyet Bilis keluaran pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming (KA), terus menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Rata-rata memberikan maklum balas positif dan memuji keenakan sambal tersebut, termasuk seorang pengguna Threads yang menyifatkan produk berkenaan cukup segar.

Lebih mencuri perhatian, pengguna itu mendakwa menemukan cebisan cengkerang ketika menikmati Sambal Nyet Bilis.

Komen netizen di laman Threads.

“Makan Sambal Bilis Nyet dapat free seashell tau,” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menariknya, ramai menganggap penemuan ‘makanan laut tambahan’ itu sebagai sesuatu yang normal sekiranya menikmati makanan berasaskan ikan bilis.

Ada yang berpendapat, cebisan cengkerang mungkin terbawa bersama ikan bilis ketika proses penyediaan kerana ia merupakan bahan mentah dari laut.

MENARIK DIBACA: Nak ‘battle’ Sambal Nyet Bilis, trip Itali? Khairul Aming kongsi tip pemenang terdahulu

MENARIK DIBACA: Khairul Aming perkenal sambal bilis pula, sanggup turun laut demi hasil terbaik

“Selalu juga jumpa seashell dalam bilis, memang 'combo' tu kak.

“Saya dapat 'baby squid' comel gila, banyak pula tu.

“Okay lagi ni selaut. Saya pernah makan masak lemak siput sedut, habis makan ada anak lipas.” antara komen netizen

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Penjual nasi kerabu dakwa diusir 'peniaga otai' hari pertama buka gerai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Bukan cuma makan begitu sahaja, ini 5 cara unik tembikai dinikmati di pelbagai negara

Terhangat