info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Geng malas keluar kereta, suka 'drive thru' beli makanan di gerai dibidas! Siap peniaga kena hulur QR

Lead Image

TINGKAH laku sesetengah pelanggan yang gemar menghentikan kenderaan betul-betul di hadapan kedai atau gerai sebelum membuat pesanan dari dalam kereta mengundang teguran seorang individu

Menurut pengguna Threads, perkara tersebut bukan dilakukan segelintir pelanggan sahaja, sebaliknya sudah menjadi kebiasaan ramai sehingga peniaga terpaksa menghantar makanan dipesan terus ke kenderaan.

Malah, peniaga turut perlu menunjukkan kod QR kepada pelanggan untuk memudahkan urusan pembayaran tanpa mereka perlu keluar dari kereta.

"Kepada geng 'parking' depan gerai, anda rasa betul ke cara ni?

Seorang individu ingin tahu tujuan kereta diletakkan hadapan gerai untuk membeli makanan.

"Saya tanya sebab ingin tahu. Bukan satu kereta saja buat perangai begini tapi banyak.

"Sampai peniaga perlu hulur makanan dipesan, hulur juga QR," tulisnya dalam satu hantaran.

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

Menurut individu berkenaan, dia beranggapan pelanggan yang mempunyai tabiat ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan untuk keluar dari kenderaan dan berjalan ke gerai.

Katanya, wujud situasi di mana anak pelanggan 'dihantar' keluar untuk melihat dan memilih menu sebelum kembali semula ke dalam kereta.

"Saya pasti pembeli ini bukan OKU (orang kurang upaya). Anak boleh keluar dan pilih menu. Kemudian, masuk semula dalam kereta.

"Untuk peniaga, mereka kehilangan seorang dua pembeli kerana tindakan sebegini. Sebagai pejalan kaki, saya akan lalu saja," tulisnya.

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet apabila ramai turut kurang senang dengan tingkah laku golongan pelanggan gemar parkir hadapan gerai. 

Perkongsian netizen.

"Semoga lampu isyarat selalu merah, tayar selalu tak ada angin, penghawa dingin kereta tak sejuk untuk golongan 'drive thru' tak kena tempat ni. 

"Geram dengan orang tak nak parkir kereta dan berhenti depan gerai.

"Setuju, orang macam ni sangat menyusahkan orang lain," komen netizen. 

Perkara kecil seperti keluar dari kenderaan, berjalan ke gerai dan membuat pesanan mungkin mengambil masa, tetapi bagi peniaga kecil setiap pelanggan yang datang tetap penting.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Minyak kulit ayam bantu tumbesaran si kecil, kuatkan antibodi... Ini cara buat kiub 'frozen'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Individu dakwa terbeli telur tiruan, kongsi cara bezakan antara palsu dan asli

Terhangat