info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pesan spageti aglio olio... Pelanggan dakwa peniaga guna pasta segera, letak harga kayangan

Lead Image

KOS bahan yang digunakan tidak seberapa, tetapi harga produk makanan yang dijual berlipat ganda dan didakwa tidak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan.

Begitulah dakwaa seorang pengguna Threads selepas dia memesan hidangan spageti aglio olio bersama ayam panggang di sebuah restoran.

Bukan sahaja kecewa dengan hidangan yang diterima, dia turut mempersoalkan jenis spageti yang digunakan kerana didakwa berkualiti rendah, tak sepadan dengan harga.

Malah dia juga percaya sajian itu dihasilkan daripada pasta segera yang popular dengan harga murahnya.

Perkongsian di laman Threads.

“Saya order 'spageti aglio olio with chicken grill'. Kau pakai mi segera murah beli dekat kedai ECO dengan harga RM2 dan jual dekat kedai dengan harga RM15.90.

“Ayam 'grill' luar hangus, dalam tak masak. Seriuslah jual makanan macam ni?” tulisnya menerusi laman Threads.

Tambahnya lagi, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam poster promosi makanan turut  didakwa tidak menggambarkan hidangan sebenar yang diterima pelanggan.

Menurutnya, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk menyekat rezeki pihak restoran, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada orang lain agar berhati-hati dalam memilih kedai makan.

MENARIK DIBACA: Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim

MENARIK DIBACA: Masak bolognese, ramai silap teknik ketika sediakan tomato! Beri kesan besar pada rasa

“Stop using AI untuk marketing makanan, stop tipu customer dengan makanan macam ni.

“Aku bukan nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi aku tak nak ada orang kena tipu lagi macam ni,” katanya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Malah, ada yang mendakwa pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika berkunjung ke restoran sama.

Komen netizen di laman Threads.

“Kalau nak tambah, tambah la daun-daun ke haiwan-haiwan sikit.

“Dah la spageti tu tak sedap. Masin gila dan perasa dia terlalu banyak.

“Saya memang takkan pergi dah kedai tu. First pergi masa awal-awal buka dulu, pastri dia dah busuk. Kali kedua pergi malam, anak-anak order chicken chop, lambat gila nak dapat. Memang sejam lebih,” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Petani Thailand mula guna AI pantau tanaman, kualiti durian... Buah bermasalah dikesan lebih awal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Kopi 'sachet' dianggap mewah! Ini 5 fakta menarik budaya 'mengopi' Korea Utara

Terhangat