Badan, bahagian intim berbau lepas bersalin? Cuba buat minuman guna 5 bahan ini
SELEPAS bersalin, tubuh wanita mengalami pelbagai perubahan termasuk dari segi hormon, kulit dan bau badan.
Keadaan ini membuatkan sesetengah ibu mencari petua atau amalan tertentu untuk membantu diri kembali segar seperti sebelum hamil.
Seorang pengguna Threads berkongsi satu resipi minuman dipercayai sesuai untuk ibu berdepan masalah bau badan dan bahagian intim selepas bersalin.
“Saya kongsikan remedi untuk mak-mak 'struggle' dengan bau badan dan bahagian intim selepas bersalin. Hormon badan selepas bersalin ambil masa berbulan-bulan nak stabil semula,” tulisnya.

Menurutnya, masalah seperti rambut gugur, bau badan, perubahan bau discaj dan kulit bertompok boleh berlaku selepas bersalin.
Justeru dia mencadangkan campuran nanas, oren, lemon, halia dan rosel untuk dijadikan minuman.
MENARIK DIBACA: Ambil cuka epal sebelum makan bantu kawal gula, ini cara disarankan
MENARIK DIBACA: Jangan potong epal, gigit sebiji terus! Ini sebabnya
"Buah seperti oren dan lemon kaya sumber vitamin C penting untuk fungsi badan, membantu kulit menjadi lebih cantik serta sihat termasuk pembentukan kolagen.

"Nanas boleh memberikan rasa dan aroma lebih 'sedap' pada bahagian intim, manakala halia dikatakan membantu memanaskan badan serta melancarkan peredaran darah dan sistem limfa," katanya.
Wanita berkenaan menyarankan minuman tersebut diamalkan selama seminggu untuk melihat perubahan sebelum meneruskannya jika berpuas hati.
Bagaimanapun, dakwaan bahawa pengambilan nanas boleh menjadikan bahagian intim lebih wangi belum mempunyai bukti kukuh.
Bau atau perubahan pada discaj juga tidak semestinya berpunca daripada pemakanan kerana ia boleh berkait dengan perubahan hormon atau masalah kesihatan tertentu.