Wanita risau keracunan makanan di Indonesia, netizen kongsi tip bermula dari pesawat mendarat
PERCUTIAN ke luar negara pastinya menjadi peluang kepada para pelancong untuk mencuba pelbagai makanan tempatan.
Bagaimanapun aspek kebersihan makanan dan minuman perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai perut sensitif.
Seorang wanita di Threads meluahkan kebimbangannya berhubung perkara ini dan berkongsi sedikit tip persiapannya untuk bercuti ke Indonesia bersama suami serta anak lelakinya yang mempunyai masalah perut sensitif.
Menurutnya, dia mendapatkan beberapa tip secara dalam talian bagi mengelakkan masalah seperti cirit-birit dan keracunan makanan sepanjang berada di Indonesia.
"Saya akan pergi ke Jakarta dan Bandung tak lama lagi. Suami dan anak saya jenis perut sensitif, ini antara tip yang saya dapat daripada internet untuk elakkan cirit-birit, keracunan makanan dan sebagainya.
"Jangan minum air kedai, lebih baik minum air botol dan elakkan minuman berais. Gosok gigi pun jangan guna air paip. Bagi yang pernah pergi ke sana boleh tolong tambah apa-apa tip yang berguna tak? Terima kasih in advance!" tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang pernah berkunjung ke Indonesia.
"Rajin minum probiotik dan ambil sebelum trip. Jangan makan di street food dan order air dalam cawan di kedai. Please order anything in bottle contohnya air mineral.
"Makan kat mall pun kena pilih restoran dan kena rajin basuh tangan. Elakkan pesan minuman yang letak ais ketul dan pilih makanan yang panas dan baru dimasak.
MENARIK DIBACA: Peniaga kongsi ramuan buat serbuk perasa, sesuai untuk pelbagai jenis masakan
MENARIK DIBACA: Kulit buah naga rahsia cantikkan kulit muka, wanita kongsi petua 'aunty Cina'
"Makan buah yang boleh dikupas sendiri dan bawa ubat-ubatan sendiri sebagai persediaan. Apa-apa yang masuk mulut, guna air botol saja. Setakat ni, rasanya itu sahaja tip yang saya ada terutamanya kalau perut jenis sensitif," kongsi salah seorang netizen.
Sebahagian warganet lain turut mengingatkan bahawa perubahan pengambilan pemakanan dalam tempoh singkat boleh menyebabkan perut meragam.
"Bila kita ke sana, kita akan rasa nak cuba semua makanan dalam waktu yang singkat. Itu yang buat perut meragam.

"Saya cadangkan bawa ubat sakit perut, gaviscon dan charcoal," katanya.
Tak kurang juga yang berkongsi tip lain ketika berkunjung ke Indonesia.
"Cara saya dan adik, touch down sahaja di sana terus beli Yakult, di Indomaret ada.
"Sebelum mula makan makanan sana, minum Yakult itu. Kemudian keesokan harinya hingga hari terakhir di Indonesia, minum Yakult setiap pagi," kongsinya.
Bagaimanapun, perkara paling penting adalah memilih tempat makan terutama bagi individu yang mempunyai perut sangat sensitif.
"Paling penting jangan makan street food dia. Kalau saya dengan husband makan di booth-booth macam dekat Braga Street itu okay lagi. Tapi tak ya kalau street food atau warung-warung tepi jalan itu.
"Maaf ya orang Indonesia, cuma perut tak sesuai. Tapi kalau sensitif sangat lebih baik makan makanan di restoran sahaja," katanya.