Wanita pelik chia seed dalam botol air bercambah jadi 'taugeh'
PENGGUNAAN 'chia seed' (biji chia) kini semakin meluas kerana ia mudah dicampurkan ke dalam minuman, puding, oat dan pelbagai hidangan harian.
Seorang wanita berdepan pengalaman pelik apabila mendapati biji chia dimasukkan ke dalam botol minuman kelihatan seperti taugeh selepas dibiarkan seketika.
Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan mengajukan persoalan kepada pengguna lain selepas melihat keadaan 'chia seed' itu.

"Chia seed ini palsu ke? Kenapa tumbuh jadi taugeh pula dalam ni?
"Mak saya letak air suam dalam botol minuman ini pagi tadi. Tak sampai satu jam, nak minum tengok ada taugeh.
"Mungkin chia seed ada kategori dan saya beli gred paling bawah," kongsinya berseloroh.
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!
MENARIK DIBACA: Buat sendiri Tiramisu ala kafe di rumah, kos tak sampai RM70 pun!
Perkongsian itu menarik perhatian warganet apabila ramai mengakui pernah mengalami keadaan hampir sama, terutama apabila terdapat sisa chia seed tertinggal di dalam botol atau bekas minuman.
Ada yang berkongsi pengalaman menemui chia seed sudah memanjang dan kelihatan seperti taugeh selepas dibiarkan dalam keadaan lembap.
"Pernah kena juga. Tinggal botol dengan sisa chia seed tapi malas nak basuh sebab air kosong saja. Sekali bila nak guna, bukan main panjang chia seed tu bercambah.
"Bukan taugeh tapi seakan. Jangan makan atau minum kalau sudah bercambah tinggi dalam botol," komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan keadaan tersebut kerana mereka pernah merendam chia seed selama lebih 24 jam tanpa mengalami perkara sama.
"Pelik, saya rendam lebih 24 jam, setiap hari minum tak jadi begitu. Ini pertama kali saya tengok," komen seorang pengguna.
Tumbuhan kelihatan seakan taugeh ini berkemungkinan chia seed bercambah kerana ia mendapat keadaan sesuai seperti kelembapan diperlukan.