Minum kopi lepas bangun tidur punca cepat letih! Ikut tip ini untuk kekal 'fit' sepanjang hari, elak mengantuk
UNTUK penggemar kopi, tidak sempurna jika tidak memulakan hari dengan minum minuman berkafein itu.
Bagi mereka, kopi ibarat minuman pemberi tenaga terutama pada waktu pagi dan dipercayai mampu mengelak daripada mengantuk.
Bagaimanapun, tabiat sebegitu sebenarnya boleh memberikan kesan pada tubuh, terutama jika diamalkan pada waktu pagi sebaik sahaja bangun tidur.
Menerusi hantaran seorang mahasiswa jurusan perubatan di Threads miliknya, akmalhakimhilman, dia yang aktif berkongsi tip kesihatan menasihati orang ramai supaya tidak mengambil minuman itu sejurus bangun tidur.
Katanya, tabiat minum kopi pada awal pagi boleh mengakibatkan bacaan kortisol meningkat mendadak, sehingga akhirnya membuatkan seseorang itu akan berasa cepat letih.

"Tolong jangan minum kopi sebaik sahaja awak bangun pagi. Nampak macam pelik, tapi ini pantang paling penting.
"Kalau awak 'langgar', kortisol awak akan 'spike' (naik mencanak) dengan sangat tinggi.
"Sebab itu awak akan rasa letih pada pukul 3 petang nanti," ujarnya.
Justeru, Akmal berkongsi empat strategi minum kopi tanpa menyebabkan kadar kortisol meningkat dengan mendadak.

1. Jangan minum ketika perut kosong
Bangun pagi, badan telah menghasilkan kortisol yang tinggi secara semula jadi.
Bila terus minum kopi, umpama tuang minyak di atas api, kadar kortisol akan naik dua kali ganda.
Kesannya akan ganggu 'ritma' semula jadi tubuh.
MENARIK DIBACA: Sapu sikit minyak, rahsia kentang goreng rangup guna air fryer
MENARIK DIBACA: Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada

2. Air kosong
Badan kita akan dehidrasi selepas tidur selama lapan jam.
Kopi pula bersifat diuretik yang menyebabkan seseorang kerap kencing.
Minum 500ml air kosong dulu untuk 'rehydrate' sel-sel badan.
Ini langkah pertama yang akan membuatkan tenaga kita stabil.

3. Tunggu 90 minit
Ini yang dipanggil 'golden rule'.
Lepas bangun tidur, tunggu dalam 60 hingga 90 minit, baru minum kopi.
Bagi peluang kortisol semula jadi turun ke paras normal.
Bila minum kopi selepas itu, baru dapat 'energy booster' (penggalak tenaga) yang sebenar.
Pada masa sama dapat elak daripada terkena anxiety dan tangan menggigil.

4. Elak kopi 3-in-1
Elakkan minum kopi segera atau 3-in-1 kerana kandungan gulanya tinggi (liquid sugar).
Satu 'sachet' mengandungi antara tiga hingga lima sudu gula tersembunyi.
Kopi yang diambil bukan untuk tenaga, tapi meningkatkan insulin dalam badan.
Pilihan terbaik, minum kopi 'O' tanpa gula atau Americano.