info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Lama 'cari', wanita teruja akhirnya dapat 'golden garlic'! Ramai buang sebab sangka bawang busuk

Lead Image

BAWANG putih antara bahan dapur wajib ada di setiap rumah, namun masih ramai rupanya tidak tahu tentang 'bawang putih emas' atau golden garlic

Lebih mengejutkan, ada yang mengaku sudah banyak kali menemui bawang tersebut tetapi terus membuangnya kerana menyangka ia sudah busuk atau rosak.

Seorang wanita mencuri perhatian ramai selepas berkongsi keterujaan dirinya menemui golden garlic yang dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Ada netizen mendakwa golden garlic mempunyai aroma lebih kuat dan rasa berbeza berbanding bawang putih biasa.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita dikenali itu mengakui sudah lama menantikan peluang untuk menemui bawang unik tersebut.

"Dah bertahun-tahun saya mengharap, Alhamdulillah hari ni dapat juga golden garlic ni," tulisnya ringkas.

MENARIK DIBACA: Mufti perjelas hukum makan daging 'rare', 'medium rare' masih nampak darah

MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala

Hantaran berkenaan meraih perhatian netizen, malah ramai mengakui mereka sebenarnya pernah menjumpai bawang putih berwarna keemasan itu sebelum ini tetapi terus membuangnya kerana menyangka ia sudah rosak.

Tidak kurang juga pengguna media sosial yang tampil berkongsi pengalaman sendiri dengan memuat naik gambar golden garlic yang pernah mereka temui.

Apa yang pasti ramai netizen terkejut apabila mengetahui bawang berkenaan sebenarnya masih boleh dimakan dan dikatakan mempunyai khasiat tersendiri.

"Ingatkan busuk, saya buang kalau jumpa macam ni. 

Perkongsian netizen turut menemui golden garlic.

"Serious la, baru tahu. Ingat busuk. Golden garlic? Lah ingatkan busuk. Selalu buang kalau jumpa.

"What’s so special about it? Because everytime I see this I will throw them away. Ingatkan dah buruk ke apa," antara komen pengguna.

Seorang netizen mendakwa bawang putih tersebut mempunyai aroma dan rasa berbeza berbanding bawang biasa.

"I pernah dapat satu labu golden garlic ni. Excited sangat dan rasa dia sedap sebab aroma lain dari garlic putih tu.

Golden garlic dipercayai terhasil daripada proses fermentasi semula jadi.

"Tapi I rasa garlic ni memang kena peram baru dapat golden garlic sebab ia hasil dari proses fermentasi semula jadi garlic tu," komen seorang lagi netizen. 

Golden garlic mengalami proses fermentasi semula jadi dipercayai mempunyai beberapa khasiat seperti kandungan antioksidan lebih tinggi, membantu sistem imunisasi badan serta mempunyai sifat antiradang dan antimikrob. 

Malah, kajian bertajuk The Antimicrobial and Antioxidant Properties of Raw, Aged and Fermented Garlic diterbitkan pada 2025 mendapati bawang putih fermentasi menunjukkan aktiviti antioksidan tinggi.

Fakta 'golden garlic'

'Golden garlic' pada asalnya adalah seulas bawang putih induk yang tidak terpecah kepada ulas bawang biasa disebabkan faktor persekitaran.

Suhu yang terlalu panas ketika awal pertumbuhan boleh membuatkan ia terhasil.

Di ladang komersial di Yunnan, China petani di sana memang sengaja menanamnya dalam keadaan tertentu supaya 'golden garlic' membentuk peratusan lebih besar.

Khasiatnya sama macam bawang putih biasa, tapi kajian tunjukkan ia lebih tinggi antioksidan, allicin dan sebatian fenolik kerana nutrien tak dipecahkan mengikut ulas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Pakar nutrisi kongsi cara lebih berkesan diet PCOS, bukan sekadar 'potong' gula

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Makan 5 biji telur seminggu mampu kurangkan risiko Alzheimer - Kajian

Terhangat