Ibu boleh ajar anak buat 'playdoh' guna bahan asas dapur... Senang, jimat wang
SIAPA sangka bahan-bahan asasdi dapur rupanya boleh ‘bertukar’ menjadi mainan kreatif untuk anak-anak.
Hantaran seorang individu dikenali sebagai Byanna di media sosial menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi cara membuat tanah liat atau'playdoh'sendiri.
Menariknya, doh berwarna-warni inimenggunakan 100 peratus bahan dapur yang mudah didapati.
Jadi, memang sesuai sangat untuk ibu-ibu yang nak jimat dan dalam masa sama mahu galakkan anak-anak melakukan aktiviti kreatif di rumah.

“Customer saya tanya resipi playdough. Sebelum ni dekat account lama yang kena disable, saya dah share resipi ni,” katanya.
Tambahnya lagi, cara penyediaan doh iniboleh disimpan sebagai rujukan kerana ia mudah, cepat dan selamat untuk anak-anak bermain.
Wanita itu turut memberitahu bahan mainan itu akan rosak jika berkulat tapi mengambil sedikit masa kerana campuran garam dan 'cream of tartar' bertindak sebagai agen yang melambatkan proses kulat.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air panas mendidih
- 2 sudu kecil 'cream of tartar'
- 1/2 cawan garam halus (pastikan halus)
- 1 sudu besar minyak masak
- Pewarna makanan (ikut pilihan)
MENARIK DIBACA:Pencuci mulut dlabel 'sampah'! Fazley Yaakob nasihat manusia tak berhak hina makanan
MENARIK DIBACA:Guna air soda, jus lemon atau yogurt antara tip lembutkan daging... Bau hamis pun hilang
Penyediaan:
- Semua bahan hanya perlu dikacau sehingga sebati sebelum diuli menjadi doh yang lembut dan kenyal.
- Untuk pembahagian warna, doh boleh diasingkan mengikut jumlah warna yang diinginkan. Contohnya jika mahu lima warna, bahagikan kepada lima bahagian.

- Tip pentinguntuk memudahkan proses mewarna, gunakan lidi dicelup dalam pewarna dan tekap pada doh sebelum diuli sehingga warna sekata.
- Selesai kacau, boleh main dan simpan dalam bekas.
Ringkas tapi hasilnya memang memuaskan! Anak-anak pun pasti teruja dapat main ‘playdoh’ buatan sendiri di rumah.