KUALI | Pastri

Tak susah pun buat kuih cara, sedap dimakan panas-panas!

Lead Image

KUIH cara menjadi antara kuih tradisional unik dan digemari kerana kaya dengan rasa rempah menyelerakan.

Lebih membuatkan hidangan istimewa ini tambah menyelerakan ia disertakan bersama inti sama ada ayam atau daging kari yang pastinya membuka selera.

Walaupun kuih cara kelihatan agak renyah untuk dihasilkan, namun hakikatnya makanan yang sering dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang ini tidaklah sukar seperti disangka.

Bagi penggemar kuih cara, Kuali sertakan resipi mudah dan ringkas seperti yang dikongsikan pengguna Facebook bernama Nur Masri.

MENARIK DIBACA: Dari Kelantan ke London... Jual nasi kerabu di taman, pendapatan lelaki ini cecah RM2 juta setahun

MENARIK DIBACA: Ada rahsia maggi murtabak bertambah sedap, tak hairan ramai mula ketagih

Bahan-bahan

Inti

  • 450 gram ayam/daging kisar
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Kuih cara

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam

Bahan hiasan

  • Cili merah
  • Daun sup

Langkah penyediaan

  1. Sediakan bahan untuk membuat inti, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari kemudian kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging atau ayam kisar dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Biarkan sehingga sedikit kering kemudian angkat dan ketepikan.
  5. Kisar semua bahan kuih cara kemudian tapis.
  6. Sediakan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak.
  7. Pastikan acuan betul-betul panas supaya tidak melekat kemudian baru tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  8. Bila bahagian tepi mula kelihatan garing, letakkan satu sudu inti, cili merah dan daun sup.
  9. Untuk lebih cepat masak, tutup bekas acuan dengan tudung periuk.
  10. Bila bahagian tepi sudah mula renggang dari acuan, bolehlah cungkil menggunakan lidi untuk keluarkan kuih daripada acuan.
  11. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Ini resipi kek oren paling mudah, sedapnya bukan main!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Nasi semalam jangan dibuang, boleh dibuat kek cawan bersama coklat

Terhangat