KUALI | Resipi Tradisi

Masih terasa keenakan bihun goreng makcik kantin, rupanya ini rahsia buat ramai terkenang-kenang

Lead Image

SELAIN air tangan ibu, bihun goreng yang dijual oleh makcik kantin sekolah antara paling sedap.

Bau bihun goreng yang semerbak membuatkan kita tidak sabar menanti waktu rehat semata-mata hendak berebut membeli menu tersebut.

Tak perlu bahan mewah, hanya bihun digaul bersama kicap, sayur-sayuran dan telur hancur pun sudah cukup membangkitkan selera.

Sebenarnya ramai tak tahu yang bahan rahsia menjadikan bihun goreng makcik kantin itu sedap disebabkan oleh minyak bawang yang menjadikan ia harum dan wangi.

Dah alang-alang tahu rahsinya, jom la buat sendiri di rumah dan boleh mengubat kerinduan zaman sekolah.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (300g)
  • 2 sudu besar minyak bawang
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/2 cawan isi ayam dihiris kecil (boleh ganti dengan udang atau daging)
  • 1 biji telur (pilihan)
  • Sayur kubis dihiris halus
  • Lobak merah dihiris halus
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh sos cili (pilihan)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa

MENARIK DIBACA: Jepun berdepan krisis pengeluaran matcha, harga dijangka melambung

MENARIK DIBACA: Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak

Langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak bawang dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hiris sedikit sahaja dalam minyak bawang untuk tambah aroma. 
  3. Masukkan isi ayam/udang/daging dan goreng hingga masak.
  4. Ketepikan ayam ke tepi kuali, pecahkan telur dan kacau hingga sedikit masak.
  5. Tambah sayur-sayuran seperti kubis dan lobak merah. Kacau rata.
  6. Masukkan bihun yang telah direndam dan ditoskan. Gaul rata.
  7. Tuang sos dan perencah (kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili, lada sulah, garam, gula). Gaul sebati.
  8. Titik sedikit minyak bawang tambahan (1-2 sudu kecil) ke atas bihun masa mengacau untuk rasa lebih wangi dan sedap.
  9. Kacau rata dan angkat bila bihun goreng sudah sebati dan panas.
  10. Akhir sekali, tabur daun bawang dan cili merah jika suka.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

[V] Perut lapar tapi malas masak... Tempe goreng berapi mudah dibuat, jadi pembangkit selera

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Sambal petai bersama ikan bilis memang buat tambah nasi, menu perosak diet

Terhangat