KUALI | Resipi Tradisi

Puding kurma guna 3 bahan, 'syahdu' masuk mulut sejuk-sejuk lepas berbuka

Lead Image

KURMA bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi air rendamannya juga sering dijadikan minuman khususnya pada Ramadan.

Tetapi ramai tidak tahu buah ini juga boleh dijadikan pencuci mulut seperti puding yang enak dan berkhasiat.

Lebih menarik, cuma tiga bahan sahaja diperlukan untuk membuat hidangan puding kurma ini.

Kurma bukan sahaja enak tetapi baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan

  • 5-7 biji kurma (dicuci bersih dan keluarkan bijinya)
  • 200ml susu penuh krim
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar jernih

MENARIK DIBACA: Awalnya dapat tapak tengah, tiba-tiba 'dicampak' ke lot hujung! Peniaga bazar Ramadan risau jualan tak laku

MENARIK DIBACA: Ada lebih 1,500 spesies di dunia... Ketahui jenis, jangka hayat kurma dibawa masuk ke Malaysia

Langkah penyediaan

  1. Masukkan kurma yang telah dicuci dan dibuang biji ke dalam mesin pengisar.
  2. Tuang susu penuh krim dan serbuk agar-agar lalu kisar sehingga lumat.
  3. Sediakan kuali atau periuk, kemudian tuang bahan dikisar tadi lalu hidupkan api.
  4. Masak sehingga adunan tadi mendidih kemudian ketepikan seketika.
  5. Tuang adunan tadi dalam bekas mengikut cita rasa anda lalu sejukkan dalam peti sejuk.
  6. Puding kurma ini sangat sedap jika dimakan ketika sejuk terutama selepas berbuka puasa.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

'Homemade' ayam pop sama enak macam Pagi Sore, dah tak perlu terbang ke Jakarta

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Sup petola suhun, paling nikmat makan ketika hujan atau cuaca sejuk

Terhangat