KUALI | Resipi Tradisi

'Homemade' ayam pop sama enak macam Pagi Sore, dah tak perlu terbang ke Jakarta

Lead Image

ORANG Malaysia kalau ke Jakarta, antara destinasi wajib singgah adalah restoran nasi padang terkenal, Pagi Sore.

Mendengar namanya saja sudah cukup buat penggemar masakan Minang terbayang-bayang deretan lauk atas meja.

Kalau di sana, antara menu yang paling jadi kegilaan tentulah ayam pop iaitu sajian ayam lembut berwarna pucat keputihan.

Isinya empuk, berjus dan sarat dengan rasa bawang putih serta halia yang meresap hingga ke dalam. 

Digandingkan pula dengan sambal merah pedas manis yang berlemak, memang tak cukup sepinggan nasi.

Memandangkan sekarang tengah 'trend' ayam pop dan ramai teringin nak tahu rasa aslinya, apa kata kita cuba hasilkan ayam pop versi Pagi Sore versi 'homemade'.

Ayam pop apabila digandingkan dengan sambal merah pasti tak cukup sepinggan nasi.

Bahan-bahan

Bahan ayam:

  • 2 ekor ayam (dipotong 4 bahagian)
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 helai daun salam
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 4cm halia (dihiris)

Bahan sambal:

  • 8 ulas bawang merah (dipotong)
  • 5 ulas bawang putih (dipotong)
  • 1 biji tomato merah (dipotong)
  • 7 biji cili merah (dipotong)
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 300ml air rebusan ayam pop
  • 2 sudu besar tepung gandum protein sederhana
  • 60ml minyak kelapa

Bahan lain:

  • 1 sudu besar garam
  • ½ sudu besar serbuk perasa
  • 1/6 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 100ml santan
  • 600ml air kelapa
  • 600ml air

MENARIK DIBACA: Rasa ‘gurih’ sambal ayam pop memang menggoda, ada pula pandai-pandai ubah resipi asal

MENARIK DIBACA: Keputusan tinggalkan karier doktor akhirnya ada kemanisan, gerai nasi padang pemuda ini kini jadi sebutan ramai

Cara penyediaan: 

Ayam:

  1. Kisar bawang putih bersama sedikit air sehingga benar-benar halus.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama air kelapa, air, bawang putih kisar, halia hiris, serai diketuk, daun salam, daun limau purut dan santan.
  3. Tambahkan garam, serbuk perasa dan lada hitam. Gaul rata.
  4. Masak atas api sederhana kecil selama kira-kira 30 minit dengan periuk bertutup sehingga ayam empuk dan kuah meresap sepenuhnya.
  5. Angkat dan toskan ayam. Simpan air rebusan untuk digunakan dalam sambal.

Sambal:

  1. Panaskan minyak kelapa dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan tomato sehingga naik bau dan lembut.
  3. Masukkan air rebusan ayam. Masak lagi sehingga semua bahan benar-benar lembut.
  4. Pindahkan bahan yang telah dimasak ke dalam pengisar. Tambahkan tepung gandum, gula dan serbuk perasa.
  5. Kisar sehingga halus dan kemudian tapis untuk mendapatkan tekstur sambal yang lebih lembut serta berkrim.
  6. Hidangkan ayam pop bersama sambal merah dan nasi putih panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Mi goreng sedap, cantik berkilat cara Adik Foods... Ramai tertinggal satu teknik dan bahan penting

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Puding kurma guna 3 bahan, 'syahdu' masuk mulut sejuk-sejuk lepas berbuka

Terhangat