Sambal matah dah cukup sedap, tambah ikan bilis garing terus naik 'next level'!
TIDAK kiralah sambal jenis apa yang dinikmati oleh penggemarnya, rasa pedas sudah mampu membuatkan nafsu makan melonjak-lonjak.
Bagi sambal matah yang disediakan menggunakan bahan-bahan seperti bawang, cili padi dan serai, siapa sangka sajian ini boleh ditingkatkan kesedapannya dengan menambah ikan bilis garing.
Mudah sahaja untuk disediakan, sambal matah ikan bilis ini sesuai dinikmati bersama nasi panas tidak kiralah makan tengah hari atau malam.
Teringin nak rasai sendiri kenikmatan sambal matah ikan bilis?
Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan pempengaruh asal Indonesia, Amelia ini.

Bahan-bahan
- 15 biji bawang kecil/merah
- 4 batang serai
- 20 biji cili padi
- 2 helai daun limau purut
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1/2 inci belacan (dibakar)
- Garam
- Perasa
- Minyak
MENARIK DIBACA: Wanita 'bangga' jimat masa rebus telur ketika masak nasi, tak sedar bahaya menanti
MENARIK DIBACA: Ada muslim tak makan udang, sotong dan ketam sebab haram! Hukum berbeza ikut mazhab
Langkah penyediaan
- Hiris nipis bawang kecil, serai, cili padi dan daun limau purut lalu lalu masukkan dalam sebuah mangkuk.
- Masukkan belacan yang telah dibakar bersama garam dan perasa secukupnya.
- Tuangkan minyak panas lalu gaul sehingga sebati.
- Goreng ikan bilis sehingga garing kemudian gaulkan bersama bahan dalam mangkuk.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.