Pening sahur nak makan telur mata atau telur hancur? Boleh cuba menu viral ‘frambled eggs’
SETIAP kali nak menggoreng telur, antara menu yang kita bayangkan mestilah telur hancur atau scrambled eggs.
Ini kerana menu itu yang paling senang nak dimasak, tak perlukan bahan pelik-pelik dan memang jimat masa terutamanya ketika bersahur.
Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan peminat telur yang dilema sama ada mahu memilih menu telur hancur atau telur mata.
Ini kerana ramai yang suka kuning telur yang masih lembut seperti telur mata kerana dikatakan mempunyai khasiat dan protein lebih tinggi.

Bagi mempelbagaikan lagi menu telur, baru-baru ini muncul satu resipi baharu di aplikasi TikTok yang mencuri perhatian ramai iaitu frambled eggs.
Menu ini sebenarnya gabungan antara telur mata dan telur hancur.
Kuning telur dibiarkan utuh seperti telur mata, manakala bahagian putihnya dikacau seperti telur hancur sehingga masak.
Hasilnya, telur tersebut mempunyai bahagian tengah yang lembut, malah kuning telur boleh dipecahkan ketika makan sekali gus memberi tekstur yang lebih creamy.
MENARIK DIBACA: Telur mata rebus guna senduk jer, hasil sama macam digoreng malah lebih sihat
MENARIK DIBACA: Rahsia buat telur separuh masak tekstur sempurna ala kopitiam popular... Masa, teknik kena betul
Resipi unik ini dicipta secara tidak sengaja oleh seorang pengguna TikTok, @bussyrelate, yang berkongsi cara memasak telur tanpa rasa bersalah untuk memilih antara kedua menu.
Video tersebut turut menjadi tular dengan lebih 20.4 juta tontonan, malah ramai netizen mengaku tak sabar nak cuba sendiri resipi ringkas itu.
Lebih menarik, kaedah memasak ini juga dianggap sesuai untuk sahur kerana ia cepat mengenyangkan dan kaya protein lebih-lebih apabila dipadankan dengan roti bakar atau nasi panas.
Jom Kuali tunjuk cara nak buat frambled eggs ini:
- Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali.
- Pecahkan sebiji telur terus ke dalam kuali panas dan biarkan kuning telur kekal utuh.
- Pada masa yang sama, pecahkan sebiji lagi telur di bahagian tepi telur pertama.
- Kacau perlahan bahagian putih telur tersebut seperti membuat telur hancur, tetapi jangan sentuh kuning telur yang masih bulat.
- Masak sehingga putih telur menjadi lembut dan masak sepenuhnya.