Faizal Hussein dedah tak pernah tambah nasi, kawal nafsu kalau lauk sedap
PELAKON handalan tanah air, Faizal Hussein mendedahkan bahawa dia tidak pernah makan lebih dari sepinggan nasi, walaupun dihidangkan dengan aneka lauk yang lazat.
Kata pelakon berusia 59 tahun itu, seumur hidupnya dia tidak pernah menambah nasi dan berusaha menahan nafsu supaya tidak makan secara berlebihan.
Faizal berkata dia mahu 'mendidik' ususnya supaya tidak terbiasa menerima makanan dalam jumlah banyak, selain faktor menjaga kesihatan.
Pada masa sama, Faizal turut berkongsi kerinduan terhadap masakan ibunya yang juga seniwati ternama, Allahyarhamah Mahyon Ismail iaitu usus masak kalio.
TONTON VIDEO PENUH