KUALI | Sajian Warung

[V]Tak padan dengan gerai tepi jalan, keenakan sup utara di tengah bandar Seremban level restoran

Lead Image

JIKA kebetulan berada di sekitar bandar Seremban dan perut pula tengah berkeroncong, Sup Aneka Utara layak jadi pilihan untuk singgah makan.

Menghidangkan sup daging, bihun sup dan nasi ayam, trak makanan Sup Aneka Utara antara lokasi makan tumpuan terutama pada waktu malam minggu penduduk di sekitar Seremban.

Jika berkesempatan ke sini, bihun sup daging adalah menu wajib dicuba apatah lagi ia dihidangkan panas-panas.

Sup daging dan nasi ayam dihidangkan memikat selera.

Setiap hirupan sup bersama ketulan dagingnya memang padu - cukup rasa dengan rempah ratus digunakan tetapi tidak pula terlalu menguasai keseluruhan rasa sup.

Dagingnya pula lembut dan empuk - ditambah dengan padanan sambal kicap dan bawang goreng menjadikan hidangan itu melengkapkan keinginan selera.

Nasi ayam ringkas tapi padu

MENARIK DIBACA: [V]‘Tudiaaa’ banjir pinggan kuah nasi kandar, padu makan sampai licin

MENARIK DIBACA: Saiz ayam besar dan puas makan, harga pula cukup berpatutan 

Jika tak puas dengan semangkuk bihun sup, anda boleh juga mencuba nasi ayam di Sup Aneka Utara.

Isi ayam diperap rempah dan dipanggang sempurna memberikan kepuasan maksimum pada setiap suapan.

Sup dimasak segar setiap hari.

Tambah pula dimakan bersama nasi kuning harum dan tidak terlalu berminyak menjadikan sesi makan cukup memuaskan hati.

Suasana makan di trak makanan tenang dan bersih, menjadikan Sup Aneka Utara sesuai dikunjungi keluarga atau lepak santai rakan. 

Harga makanan juga sangat berpatutan, sesuai dengan kualiti dan kuantiti disajikan pelanggan tidak akan pulang dengan kecewa.

Lokasi: Sup Aneka Utara, Jalan S2 B19, Seremban, Negeri Sembilan 

Waktu operasi: Setiap hari bermula jam 5 petang

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Jarang nasi lemak kedai mamak sedap, ayam krup krup dan sambal restoran ini memang mengancam!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Mi goreng sotong Ayishaah Corner air tangan asli ‘Pulau Mutiara’, kalau pekena memang berpeluh!

Terhangat