Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak
BIASANYA mak-mak akan tambah gula atau air untuk seimbangkan rasa pedas dalam masakan.
Tapi lain pula ceritanya dengan seorang wanita di London ini apabila dia menggunakan coklat gelap atau dark chocolate ke dalam masakan chilli con carne.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Jade Hnieno, bahan tersebut adalah ramuan rahsia menyedapkan lagi rasa sup pedas berkenaan.
Paling penting kata Jade, masakan akan rasa lebih berlemak selain menyeimbangkan rasa pedas.

“Bahan rahsia untuk hasilkan hidangan chilli terbaik. Ia buatkan rasa lebih berlemak,” tulisnya pada kapsyen.
Video tersebut telah meraih lebih 6.4 juta tontonan di laman TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen menyifatkan idea itu sebagai pelik serta merosakkan keaslian hidangan dari Texas, Amerika Syarikat itu.
MENARIK DIBACA: Mengidam makanan manis sebelum tidur? Ada sebab ‘dark chocolate’ pilihan terbaik
MENARIK DIBACA: Sakit tak baik-baik, doktor kongsi kebaikan kunyah bunga cengkih legakan batuk
Namun begitu, ada juga yang tampil mempertahankan teknik masakan tersebut, terutama dalam kalangan warga Mexico sendiri.
“Saya orang Mexico dan menambah coklat gelap dalam chilli con carne adalah perkara biasa.
“Saya kerja di restoran. Kalau nak tahu, memang kami gunakan coklat untuk masak chilli," komen netizen.
Sekadar info, chilli con carne adalah hidap sup pedas berasaskan daging cincang, tomato, cili dan rempah ratus dari Mexico.