6 restoran ini sudah wujud sebelum Malaysia merdeka, masih beroperasi sehingga kini
SUKAR rasanya membayangkan Malaysia tanpa deretan restoran, warung dan kedai makan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
Namun jauh sebelum negara mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, sudah wujud restoran yang menjadi nadi masyarakat misalnya, tempat orang berkumpul, menjamu selera, bertukar cerita dan membina komuniti.
Walaupun banyak yang tidak mampu bertahan lama, ada sebilangan kecil restoran yang masin teguh berdiri sehingga ke hari ini.
Rahsianya bukan sekadar rasa makanan yang mantap, tapi juga kerana legasi keluarga dan sokongan pelanggan setia.
Jom kita tengok beberapa restoran bersejarah yang lebih tua dari usia Malaysia, wujud sebelum 1957.

1. Hamideeyah, Pulau Pinang (1907)
Diiktiraf sebagai restoran nasi kandar tertua di Malaysia, Hameediyah diasaskan pada tahun 1907 oleh Mohamed Thamby Rawther iaitu seorang pedagang rempah dari India.
Bermula dari sebuah gerai kecil, ia berkembang menjadi jenama yang sinonim dengan nasi kandar berempah pekat, murtabak daging, ayam ros dan rendang.
Hingga kini, restoran ini masih diuruskan oleh generasi keluarga yang sama.

2. The Coliseum Café, Kuala Lumpur (1921)
Salah satu kafe tertua di ibu negara, terkenal dengan gaya kolonial klasik dan hidangan 'Western Hainanese' yang pernah jadi kegemaran pegawai British suatu ketika dahulu.
Kini, operasi Coliseum berubah moden dan mempunyai tiga cawangan kesemuanya. Restoran ini kini menjadi destinasi nostalgia bagi pengunjung tempatan

3. Kedai Makan Capital, Kuala Lumpur (1950)
Ditubuhkan sekitar awal 1950-an, Capital Café menjadi pilihan ramai pekerja pejabat dan pelajar di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
MENARIK DIBACA: [V] Elly Mazlein tukang masak nombor ‘syatu’, setiap hari ke dapur walaupun sibuk
MENARIK DIBACA: Apa agaknya rasa durian dengan tomyam? ‘Oppa’ kata cicah dengan rendang ayam paling sedap
Ia terkenal dengan nasi lemak bungkus, mi goreng mamak, dan nasi Padang.
Hingga hari ini, Capital Café masih menjadi tarikan buat pengunjung yang membeli belah di kawasan sekitar.

4. Restoran Bunga Tanjung, Alor Setar (1953)
Diasaskan oleh Haji Hamid bin Ibrahim, ia merupakan antara restoran Melayu terawal yang dibuka di Alor Setar, Kedah.
restoran ini terkenal dengan masakan Melayu utara seperti gulai, ulam-ulaman, sambal belacan dan lauk kampung.
Walaupun bandar Alor Setar banyak restoran moden, Bunga Tanjung kekal sebagai pilihan utama kerana mengekalkan rasa tradisi sejak berdekad.

5. Nasi Kandar Ayam Merah, Ipoh (1955)
Gerai ini bermula pada 1955 di sebuah kedai kopi (Kedai Kopi Yong Suan) di Ipoh.
Ia mula terkenal dengan ayam merah pedas dan kuah campurnya yang 'ketagih'. Dari situlah muncul nama jolokan Nasi Ganja.
Gerai ini masih beroperasi di lokasi sama hingga hari ini.
jangan pelik kalau nampak orang sanggup beratur panjang setiap hari semata-mata untuk sepiring nasi kandar ikonik ini.

6. Restoran Minah, Pulau Pinang (1957)
Dibuka pada tahun 1957, kedai makan yang 'sebaya' dengan kemerdekaan Malaysia ini adalah sebuah spot makan tengahari yang cukup popular.
Restoran ini menampilkan lauk-pauk kampung asli Melayu seperti ayam goreng dengan sos bawang masam manis, asam pedas ikan pari dan kari kepala ikan