info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Mentua 'anti' MSG, menantu 'seludup' dalam diam! Setiap kali masak dapat pujian melambung

Lead Image

APABILA membincangkan tentang topik dapur dan masakan, setiap keluarga pasti mempunyai petua atau pantang larang tersendiri.

Ada yang tidak gemar makanan pedas, mengelak penggunaan santan dan tidak kurang juga yang cukup tegas menolak penggunaan MSG dalam masakan.

Bagaimanapun, bahan perasa yang sering 'diharamkan' di kebanyakan dapur itu menjadi rahsia seorang menantu memikat selera keluarga mentuanya.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita menceritakan detik awal perkahwinannya ketika pertama kali memasak di rumah mentua. 

Semasa di dapur, dia mahu menggunakan MSG dalam masakan namun dikejutkan dengan teguran ibu mentua yang memberitahu bapa mentua tidak gemar makanan dimasak menggunakan bahan tersebut.

Ramai bersetuju penggunaan MSG dalam masakan menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.

"Masa aku baru kahwin dan pertama kali masak kat rumah mentua, aku cari MSG. Mak mentua aku kata bapa mentua aku tak suka masakan yang ada MSG. Tak apalah aku masak je macam biasa tapi aku rasa macam 'kurang' sikitlah.

"Lepas tu setiap kali aku balik (rumah mentua) akan bawa balik MSG sendiri. Setiap kali dia minta aku masak, aku akan letak MSG senyap-senyap.

"Natijahnya... tiap-tiap kali aku balik mesti mentua minta aku masak sebab masakan aku sedap katanya. Korang masak guna MSG tak?" dia menceritakan kisah antara dirinya dan keluarga mentua.

MENARIK DIBACA:  Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama. 

Sebahagian netizen mengakui pernah 'menyeludup' MSG ketika memasak di rumah mentua.

"Pakai. Aku pun macam kau seludup! Bila disuruh masak untuk raya atau acara besar besar memang itulah rahsia aku selama ni haha.

Antara komen di laman Threads.

"Gila tak pakai, saya siap seludup bawa balik kampung suami. Bila saya masak, mak mentua siap bagi kawan-kawan dia rasa seorang sikit satu kampung. Bangga dia menantu masak sedap! 

"Weh samalah tapi kat rumah mak mentua saya MSG pun tak ada. Masa awal kahwin dulu minta suami belikan 'cukup rasa' senyap-senyap. Saya suruh dia beli paket kecil tu je dan masa tu rasa macam penjenayah tau. Bila mak mentua ke depan saya letak MSG dalam masakan macam nak bubuh racun tau tak. Dok pandang kiri kanan takut kantoi," antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang memilih untuk tidak menggunakan MSG langsung, sebaliknya menekankan penggunaan bahan semula jadi untuk menaikkan rasa umami dalam masakan.

"Boleh cuba guna tomato, masa menumis lenyekkan sekali, dia boleh hasilkan umami punya rasa. 

"Tak pakai MSG. Banyak guna bawang merah kadang makan kedai kalau bau MSG kuat sangat memang tak makan boleh migrain," komen netizen lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tak sedar risiko... Ibu, anak teruja makan snek cecair nitrogen - "Sakit lidah mama, korang relaks je"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Piala Dunia 2026: Penyokong merungut makanan di stadium mahal, harga 2 set 'hotdog' hampir RM200

Terhangat