KUALI | Trending

Selalu ‘gaduh’ tapi tetap sayang... Pemandu Ojol jalan amanah rakyat Malaysia, serah makanan kepada golongan memerlukan

Lead Image

TATKALA Indonesia kini berdepan pergolakan, ramai rakyat Malaysia tampil menzahirkan solidariti dengan membuat pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan.

Menariknya, pesanan tersebut bukan untuk dinikmati sendiri, sebaliknya disedekahkan kepada rakyat Indonesia yang terkesan termasuk penghantar makanan.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang penghantar makanan bernama @GueOjol mendedahkan dia menerima pesanan nasi goreng daripada seorang rakyat Malaysia.

Pemandu Ojol itu diberikan amanah untuk menyerahkan pesanan makanan kepada mereka yang terkesan.

Malah, dia turut diamanahkan untuk menyumbangkan kesemua makanan itu kepada masyarakat setempat, terutamanya golongan yang memerlukan.

“Hari ini saya sendiri menerima pesanan daripada orang Malaysia. Saya mendapat amanah untuk membahagikan makanan ini kepada orang lain.

"Ini bentuk sokongan dari Malaysia kepada Indonesia. Semoga kita kembali ceria lagi,” katanya dalam video yang dimuat naik pada Isnin.

Dalam rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat menyerahkan makanan kepada beberapa penduduk sekitar termasuk peniaga jalanan, gelandangan dan penghantar makanan lain.

MENARIK DIBACA: Donut susu Malaysia ‘serang’ Indonesia... Habis licin dalam 2 jam, stesen TV sampai buat liputan

MENARIK DIBACA: Bekas pekerja asing buka restoran ala ‘kedai tomyam’ di India, usaha perkenal pelbagai menu Malaysia dapat pujian 

Video itu meraih lebih 140,000 tontonan di TikTok, malah rata-rata komen netizen menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pengguna berkongsi tangkap layar pesanan makanan dari Malaysia yang mereka terima dalam ruangan komen.

Antaranya, terdapat pesanan nasi bungkus berjumlah 102,000 rupiah (kira-kira RM25) bersama nota 'Tak perlu dihantar, makanlah sendiri atau kongsi dengan teman.'

Meskipun bantuan yang dihulurkan kelihatan kecil, ia memberi makna besar, apatah lagi ketika negara jiran sedang melalui detik sukar akibat protes besar-besaran sejak minggu lalu.

Komen netizen di laman TikTok.

Protes tersebut tercetus sebagai bantahan terhadap dasar kerajaan termasuk kenaikan elaun perumahan Ahli Parlimen mencecah 50 juta rupiah (RM13,000) sebulan, kos sara hidup yang semakin menekan, penarikan subsidi tertentu, cukai hartanah yang tinggi serta pemecatan pekerja besar-besaran.

Keadaan menjadi semakin tegang selepas seorang penunggang Ojek, Affan Kurniawan, dilaporkan maut akibat dilanggar kenderaan polis ketika demonstrasi berlangsung.

Setakat ini, protes besar-besaran itu telah meragut enam nyawa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

‘Tewas’ dengan teh ais Thai, teh tarik minuman ke-34 terbaik dunia 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ada sebab orang Kelantan tak makan ikan kekacang, sumpahan dan mitos di sebaliknya buat ramai takut

Terhangat