Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’
KALAU diperhatian mak-mak kita memang cukup setiap dengan kuali sama yang digunakan sejak zaman berzaman.
Masakan menggunakan kuali legend ini juga ternyata lebih sedap!
Sebenarnya, bukan sekadar sentuhan air tangan atau resipi turun-temurun menjadikan makanan enak tapi peralatan dapur digunakan khususnya kuali lama turut memainkan peranan penting.
Kuali besi yang sudah digunakan bertahun-tahun dikatakan mampu memberikan rasa masakan lebih ‘menjadi’ dan enak.
MENARIK DIBACA : Kreatif habis! Wanita hantar resume dalam bentuk kek span, siap ada QR Code
MENARIK DIBACA : Dari wagon ke 44 cawangan hanya dalam tempoh setahun! Ahmad's Fried Chicken mula tambat hati pelanggan
Walaupun kelihatan berkarat di luar, berkilat di dalam dan penuh dengan ‘sejarah’ itu sebenarnya menyimpan satu rahsia penting.
Kalau kita lihat di gerai-gerai makan atau di sesetengah dapur rumah memang masih menggunakan kuali legend ini.
Namun, apakah sebenarnya rahsia di sebalik keajaiban kesedapan kuali lama ini?
Jom kita bongkar rahsianya satu persatu.

1. Lapisan perasa semula jadi
Kuali besi yang digunakan berulang kali akan membentuk satu lapisan minyak yang dikenali sebagai seasoning.
Lapisan ini bukan sekadar membantu mengelakkan makanan daripada melekat malah menyimpan aroma dan rasa masakan sebelumnya.
Setiap kali memasak, perisa daripada lapisan ini akan meresap ke dalam makanan baharu menjadikan rasanya lebih mendalam dan nikmat.

2. Haba sekata dan stabil
Kuali lama terutamanya diperbuat daripada besi atau keluli karbon mempunyai keupayaan untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan lebih baik berbanding kuali moden yang nipis.
Ini membolehkan makanan dimasak secara sekata dan mengurangkan risiko hangit pada bahagian tertentu.
Teknik masakan seperti menumis, menggoreng dan stir-fry menjadi lebih berkesan menghasilkan masakan lebih garing, harum dan lazat.

3. Aroma lama
Setiap calar, lekuk dan tompokan pada kuali lama menyimpan sejarah masakan yang pernah dimasak di dalamnya daripada sambal tumis, gulai lemak hingga ke nasi goreng kampung.
Semua ini membentuk satu identiti aroma yang unik dan sukar ditiru dengan kuali baru.
Inilah menjadikan setiap masakan yang dimasak menggunakan kuali lama mempunyai rasa unik mendalam.

4. Permukaan kuali sudah lama guna
Berbeza dengan kuali baru yang masih keras dan belum diuji, kuali lama sudah melalui proses 'break-in' secara semulajadi.
Ini menjadikan permukaannya lebih licin dan stabil.
Masakan tidak mudah melekat dan tekstur akhir makanan juga lebih rangup dan menyelerakan.

5. Nilai sentimental
Kadangkala, rasa sedap itu tidak hanya datang dari bahan atau teknik tetapi dari kenangan.
Kuali lama yang diwarisi daripada ibu atau nenek membawa nilai sentimental tinggi.
Setiap masakan yang dimasak di dalamnya menjadi satu pengalaman emosional seolah-olah menyambung warisan rasa keluarga dari satu generasi ke generasi berikutnya.