Gula-gula getah ada ribuan mikroplastik? Lelaki kejar 'jawline' kaku bila baca kajian penyelidik
SELAIN membantu mengurangkan rasa mengantuk, mengunyah gula-gula getah antara kaedah untuk mengatasi masalah bau mulut.
Bahkan terdapat andaian bahawa mengunyah gula-gula getah turut turut dianggap sebagai senaman wajah untuk mendapatkan struktur rahang supaya kelihatan lebih masklulin terutama bagi lelaki.
Namun kajian dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) yang diketuai penyelidik Sanjay Mohanty mendapati, gula-gula getah mengandungi mikroplastik yang boleh menyumbang kepada pencemaran dalam tubuh manusia.
Lebih mengejutkan, gula-gula getah terutama jenis sintetik mengandungi polimer berasaskan petroleum yang dilepaskan ke dalam mulut semasa dikunyah.

Dapatan tersebut diperoleh ke atas seorang wanita yang mengunyah sebanyak tujuh keping gula-gula getah sehari sebelum analisis kimia dijalankan ke atas air liurnya.
Dalam kajian tersebut, Mohanty mendapati bahawa satu gram (g) atau kira-kira 0.04 auns gula-gula getah mengeluarkan purata 100 serpihan mikroplastik.
Bahkan terdapat gula-gula getah mampu menghasilkan lebih daripada 600 serpihan setiap kali dikunyah. Berat purata sekeping gula-gula getah pula adalah sekitar 1.5g.
MENARIK DIBACA: Serbuk nasi goreng ayam rahsia bihun goreng Singapura bertambah sedap
MENARIK DIBACA: Tak pelik pun! Anak lelaki patut dibiasakan ke dapur, ini 5 cara paling berkesan
Penyelidik menganggarkan seseorang yang mengunyah kira-kira 180 keping gula-gula getah setahun diandaikan telah menelan sebanyak kira-kira 30,000 mikroplastik.
Lebih membimbangkan, hasil kajian mendapati unsur mikroplastik turut ditemui sama ada pada gula-gula getah sintetik mahupun semula jadi.
Pun begitu, Mohanty berkata sehingga kini tiada bukti kukuh mengatakan bahawa mikroplastik boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Namun kajian terkini itu tetap menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyelidik dan pengamal perubatan untuk jangka masa panjang.
Walau bagaimanapun, kajian oleh UCLA itu masih belum dianalisis oleh para pengkaji lain selepas ia dibentangkan dalam satu mesyuarat oleh Persatuan Kimia Amerika.
Sehingga kini, gula-gula getah masih diisytiharkan selamat untuk dikunyah selepas pertama kali gula-gula getah versi moden diperkenalkan secara komersial pada 23 September 1848.
Gula-gula getah kemudiannya mula menjadi fenomena diseluruh dunia selepas diproduksi secara besar-besaran oleh Thomas Adams Jr. dan William Wrigley Jr. pada 1870-an.