Ramai 'terjebak' trend bayam cecah sos ala Sukiya, sekali cuba terus ketagih
SIAPA sangka, menu ringkas seperti bayam dicecah bersama sos bijan panggang mampu menjadi kegilaan ramai.
Walaupun nampak sederhana, hidangan ini sebenarnya berjaya membuatkan ramai 'terjebak' dengan trend tersebut.
Perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai Mimi Saidi menjadi perhatian apabila dia berkongsi rasa teruja menikmati bayam yang dicecah sos enak ala restoran Jepun, Sukiya bersama lauk itik salai.
"Siapalah yang viralkan bayam cecah sos ala Sukiya ni. Sedap gila noks! Makan pula dengan itik, tak makan nasi pun tak apa," katanya di Threads.

Menurut Mimi walaupun sudah berpindah ke Terengganu dan tidak dapat berkunjung ke restoran Sukiya, dia tetap menyediakan sendiri sos itu versi homemade yang disifatkannya lebih jimat dan mudah.
Berikut resipi penuh yang dikongsi.
Bahan-bahan:
- Daun bawang
- Daun ketumbar
- Bawang putih cincang
- Cili padi cincang
- Sos bijan panggang (roasted sesame jenama Kewpie)
- Minyak cili
- Bayam
- Itik/daging
MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua
MENARIK DIBACA: Kreativiti Sheila Rusly 'angkat' menu biasa ke tahap luar biasa dipuji - "Masak mi segera pun terliur"
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk kecil.
- Gaul sampai sebati dan naik bau harum.
- Jika mahukan rasa lebih pedas boleh tambah minyak cili lagi.
- Siap! Terus boleh cecah bersama sayur, ayam, daging atau apa sahaja.