KUALI | Momen

MaTiC kolaborasi dengan Kuala Cola, lancar 'booth' Malaysian Cookies promosi produk kepada pelancong

Lead Image

PUSAT Pelancongan Malaysia (MaTiC) memeterai kolaborasi strategik bersama syarikat pengeluar makanan tempatan, DMG Food Industries Sdn Bhd (DMG) bagi memperkasakan promosi produk warisan negara ke pasaran global.

Kerjasama itu menyaksikan pelancaran siri jelajah Road Tour Malaysian Cookies Visit Malaysia Year 2026 bertujuan menjadikan produk makanan tempatan sebagai daya tarikan utama sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). 

Pengarah MaTiC, Mohd Yasin Alwi berkata, projek ini dijadualkan mengikut tempoh kempen TMM 2026 bagi memberi impak maksimum kepada industri pelancongan negara.

Kolaborasi MaTiC bersama produk tempatan membuka ruang baharu untuk memperkenalkan rasa warisan Malaysia kepada pelancong antarabangsa.

"Pihak kami melihat ini sebagai satu peluang menaikkan mutu perkhidmatan pelancongan negara, namun buat masa ini perancangan adalah memfokuskan kepada TMM 2026.

"Sekiranya terdapat rancangan untuk meneruskan inisiatif ini bagi kesan ekonomi jangka panjang, pihak kami akan maklum semula kelak," katanya pada majlis pemeteraian kerjasama tersebut di MaTiC, Kuala Lumpur pada Selasa.

MENARIK DIBACA: Sambal belacan udang bakar, dijamin tak cukup sepinggan nasi

MENARIK DIBACA:Pameran Kafe dan Minuman Antarabangsa 2026 kembali gegar KL, himpun 650 jenama terkenal dunia

Turut terlibat dalam inisiatif kolaborasi ini ialah syarikat Neatness Group Sdn. Bhd (NGSB) yang mengetengahkan produk minuman inovasi tempatan, Kuala Cola, sebagai salah satu produk strategik yang dipromosikan bersama dalam siri jelajah.

Selain itu, majlis berkenaan turut menyaksikan perasmian reruai (booth) Malaysian Cookies membolehkan jualan biskut dan produk tempatan secara terus kepada pelancong berkunjung ke MaTiC.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Perniagaan Neatness Group, Datuk Suzana Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DMG Food Industries, Mohamad Sis Ahmad dan Cef Perunding Tetap MaTiC, Datuk Zainal Mohamed Saad. 

Kuala Kola, bukti produk tempatan bukan sekadar makanan tapi identiti negara.

Sementara itu, Suzana berkata Kuala Cola menonjol dengan keunikan formulasi garam Himalaya bagi memberikan rasa premium yang membezakannya daripada produk lain di pasaran.

"Kuala Cola bukan sekadar minuman, tetapi simbol inovasi tempatan dan kami berharap kemunculan produk ini dapat membangunkan jenama tempatan dalam industri lokal secara meluas," kongsinya.

Ketua Pegawai Eksekutif DMG Food Industries, Mohamad Sis Ahmad berkata, siri jelajah ini dirancang merangkumi 14 negeri di seluruh negara.

Resuai Malaysian Cookies di MaTiC membawa cita rasa Malaysia terus ke hati dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Rancangan kami adalah untuk memulakan siri jelajah ini di destinasi pelancongan utama sama ada di utara atau selatan seperti Kedah dan Melaka.

"Produk Malaysian Cookies dan Kuala Cola akan dibawa bersama bagi mencerminkan identiti dan inovasi produk buatan tempatan kepada pelancong asing," katanya.

Antara rakan strategik lain turut menyokong inisiatif itu termasuk Helmi Gimmick Enterprise, Ryverra Chocolate & Confectionery dan beberapa agensi pelancongan tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Masak cendawan liar jumpa di taman, tak sangka sedap... Rupanya jenis 'rare' - "Baru tahu mahal, susah dapat"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita terkedu mahkamah persoal anak makan 3 kali sehari, ada halia dalam resit tuntutan nafkah

Terhangat