KUALI | Trending

Tak buat 'research', terus tuduh peniaga jual Quesillo harga cekik darah - “Puding karamel je pun!”

Lead Image

POPULARITI 'quesillo' iaitu pencuci mulut dari Vanenzuela semakin meningkat di Malaysia sejak sajian itu tular.

Malah ramai juga yang meramalkan sajian ini bakal jadi menu pemanis mulut paling laris sepanjang Ramadan nanti.

Namun, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati di laman Threads apabila harga makanan itu dikatakan 'cekik darah'.

Luahan hati individu tersebut di laman Threads.

Menurutnya, dia hairan bagaimana harga sajian itu boleh mencecah RM15 sepotong sedangkan rasa dan rupanya sama seperti puding karamel biasa.

"Puding karamel je pun. Kat pasar malam ke warung Leha Janda ke sepotong baru RM3.

"Claim acah‑acah dari Venezuela, nama Quesillo apa ke jadahnya, satu potong RM15–RM20. Beratur pula tu orang beli," katanya.

MENARIK DIBACA: Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel

MENARIK DIBACA: Che Nom ajar 2 cara buat puding karamel, rasanya tetap sedap!

Dia berpandangan, sikap FOMO (fear of missing out) pelanggan menjadi punca ramai perniaga berani meletakkan harga tidak masuk akal apabila menjual hidangan ini.

"Mak kau buat puding karamel kau tak makan. Quesillo RM20 kau beratur. 

"Tepuk dahi makcik dibuatnya. Nak pergi cari yang viral-viral saja!" ujarnya.

Puding karamel mempunyai rasa yang lebih lembut dan ringan berbanding Quesillo.

Namun ramai juga yang menyanggah pandangannya, menjelaskan bahawa Quesillo memang nampak sama dengan puding karamel tetapi berbeza dari segi ramuan dan tekstur.

"Dah pernah rasa, tekstur tak sama pun dengan puding karamel biasa. Yang ni lebih padat dan 'creamy' manakala puding karamel halus dan ringan.

"Quesillo dan puding karamel memang nampak macam sama tapi sebenarnya berbeza. Quesillo ada campuran cheese, lebih tepat lagi creamcheese dan bukan murah ya harga creamcheese, agak keras juga. Tepuk dada tanya selera, kalau rasa mahal jangan beli.

"Saya rasa bukan sebab cheese sahaja tapi proses nak bakar quesillo setinggi ini mengambil masa sangat lama 3 hingga 4 jam baru masak elok.

"Yang mak kita kukus tu 30 minit dah siap, lepas tu tak ada cheese," antara komen netizen.

Selain itu netizen mengingatkan, dalam perniagaan bukan kos bahan sahaja perlu di ambil kira tetapi perlu dimasukkan kos elektrik, masa dan tenaga.

Untuk pengetahuan anda, bahan asas membuat puding karamel adalah telur, susu, gula dan ada juga yang memasukkan agar-agar sebelum dikukus.

Quesillo pula dihasilkan dengan telur yang banyak, susu pekat dan susu cair serta dipanggang dengan teknik au bain-marie.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

[V] Makan di premis mewah, pelanggan cabut bulu ketiak letak dalam pinggan nak elak bayar bil

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Khairul Aming 'buat hal' lagi menjelang Ramadan, idea 'rare' operasi Rembayung jadi bualan

Terhangat