KUALI | Trending

Aeon mohon maaf... Ambil maklum aduan lipas di rak makanan, dulang roti bau kepam

Lead Image

RAMAI akan membatalkan niat untuk membeli makanan sekiranya ternampak bendasing atau 'tetamu' yang tak diundang.

Kejadian ini ini turut dialami seorang wanita apabila niatnya membeli roti dan pastri terbantut setelah melihat lipas berkeliaran di ruangan aneka roti dipamerkan selain dulang tempat letak roti didakwa berbau kepam.

Video tular yang berdurasi kira-kira 28 saat memaparkan seekor lipas berkeliaran di atas bungkusan makanan yang dipamerkan di outlet Aeon Delicates di One Utama, Petaling Jaya.

Menurut pengguna tersebut, dia berasa kesal kerana premis itu tetap menjual makanan tersebut walaupun dia sudah memaklumkan tentang kewujudan lipas.

Perkongsian pengguna lain yang turut mengalami kejadian sama di pasar raya besar di cawangan Shah Alam.

"Di Aeon One Utama... anda boleh buat lebih baik dari ini. Dulang untuk ambil roti berbau kepam macam kain basah dan ada lipas dekat kawasan makanan," demikian posting dimuat naik pengguna tersebut.

Rakaman itu mencetuskan kebimbangan ramai terhadap tahap kebersihan dan prosedur pengurusan makanan di premis milik pasar raya popular itu dipertikaikan.

Bukan itu sahaja, susulan posting ini ramai juga yang tampil meluahkan pengalaman serupa di media sosial.

"Ya tuhan... weh Aeon juga. Saya pergi ingat nak beli sosej untuk berbuka tapi ternampak ini.

"Sama di Aeon Shah Alam ada lalat pada roti. Staf cuma kibas-kibas tapi lalat itu masih ada dekat bahagian dalam (tempat roti).

MENARIK DIBACA: Cuaca tak menentu jejas jualan, ini cabaran peniaga bazar Ramadan

MENARIK DIBACA: Gigi kuning mampu putih dengan bantuan 3 bahan dapur, bukan cuma bersih nafas pun lebih segar

"Aeon Cheras Selatan pun sama, bau dulang mereka kadang-kadang dah boleh hidu walaupun tak dekat. Kalau tengok kain yang digunakan untuk lap dulang, kainnya nampak sangat kotor dan kelabu. 

"Rasanya Aeon memang tiada SOP (prosedur operasi piawai) untuk cuci dulang. Dulu saya akan bawa bekas sendiri kalau nak beli roti sebab tak nak terkena dulang yang disediakan. Lama-lama rasa macam tekak pun jadi sensitif jadi saya berhenti membeli walaupun roti memang sedap," antara luahan warga maya.

Antara komen wargamaya.

Susulan perkongsian pengalaman pengguna lain itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan dan sikap pekerja di situ.

"Kalau benda tu dah hinggap sepatunya tak boleh jual dah.

"Kalau tegur staf Aeon tu, mereka akan cakap bukan kerja mereka. Dulu penah tegur ada lipas juga, pergi kat kaunter, cashier (pekerja) cakap kena tanya yang kat susun makanan. Kita tegur lepas tu mereka cakap bukan kerja mereka," luah mereka.

Sementara itu, Aeon dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihak pengurusan premis terlibat telah diarahkan untuk segera  bertindak susulan aduan ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Aeon berkenaan isu tersebut.

"Terima kasih kerana membawa perkara ini kepada perhatian kami, @ummikhazriena. Pihak pasukan kedai yang berkenaan telah dimaklumkan untuk segera memeriksa situasi tersebut dan memastikan pembersihan sewajarnya dilakukan di kawasan pengendalian makanan serta di ruang jualan.

"Menjaga kebersihan dan keselamatan makanan merupakan keutamaan utama kami, dan kami komited untuk memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk semua pelanggan.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami," tulisnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

"Tunjuklah hasil, berani sahut?" - Jofliam cabar pembuat piza tandingi kejayaannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Gara-gara ‘craving’ puding karamel KA, tak fasal-fasal tangan wanita ini melecur

Terhangat