Memasak pun boleh 'top up' pahala... Ini amalan, cara nak beribadah di dapur
DALAM bulan Ramadan ni, ramai yang berusaha menggandakan ibadat untuk meraih pahala.
Tapi, ibadat bukan hanya solat, puasa atau sedekah sahaja ye!
Ternyata, aktiviti harian seperti memasak pun boleh menjadi amalan yang mendatangkan pahala jika dilakukan dengan cara dan adab yang betul.
Menerusi perkongsian @ummzarith di laman Thread, cara kita memasak boleh memberi impak positif bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada mereka yang menikmati hidangan yang disediakan.

“Yang geng masak, 'please' jaga adab masak ya. Amalkan berwuduk sebelum masak.
“Masa masak, mulut diam, jangan ghibah (cakap buruk), tapi selawat. Guru saya pesan baca bismillah sebelum mula masak.
“Supaya kalau orang yang makan tu tengah serabut jiwa, asbab cara kita masak dengan penuh adab, jiwanya terbelai dan damai,” tulisnya.
Bukan sekadar bacaan, kebersihan dan kualiti masakan juga perli diutamakan terutama bagi mereka yang berniaga makanan.
MENARIK DIBACA: Elak dapur kotor, ini tip tumis sambal tak merecik ke dinding dan lantai
MENARIK DIBACA: Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak
“Kepala kena tutup, bukan saja sebab alasan kebersihan, tapi juga salah satu adab memasak.
“Apalagi masak untuk berniaga, kena lebih teliti. Jangan asal masak rupa OK terus jual. Masak la macam kita sendiri nak makan. Sedap. Bersih,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan perkongsian ini, malah ada yang turut berkongsi bacaan atau zikir yang diamalkan ketika memasak.
“Tiap kali basuh beras saya akan zikir Laisalahamindunillahi ka syifa’. Niat supaya anak-anak yang makan sentiasa sihat, bebas penyakit.
“Terima kasih atas ilmu, selama ni tak tahu pun,” antara komen netizen.