KUALI | Trending

Mixue kongsi kemanisan Ramadan bersama anak yatim

Lead Image

SEMPENA Ramadan, Mixue Malaysia dengan kerjasama Universiti College Agroscience Malaysia (UCAM) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan 'Program Kongsi Manis Bersama MIXUE'.

Program yang diadakan di Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Melaka itu melibatkan kira-kira 60 peserta termasuk sukarelawan dan rakan kerjasama yang meluangkan masa bersama 35 anak yatim dari rumah kebajikan tersebut.

Program yang diadakan di Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Melaka itu melibatkan kira-kira 60 peserta termasuk sukarelawan.

Dalam lawatan tersebut sebanyak 100 minuman Mixue, barangan cenderamata serta duit raya diagihkan kepada anak-anak yatim yang terlibat, sekali gus menceriakan suasana dan mencipta detik gembira buat mereka sempena Ramadan.

Pada masa sama, turut diadakan sesi interaksi bersama sukarelawan serta majlis berbuka puasa sekali gus mewujudkan suasana mesra dan penuh kegembiraan.

Terdahulu pada dari 2 hingga 11 Mac, Mixue Malaysia turut menjalankan satu program sokongan sebagai penaja utama di bazar Ramadan Alor Gajah, Melaka dengan 1,400 minuman percuma diagihkan kepada para pengunjung.

MENARIK DIBACA: Cubaan ikut resipi Khairul Aming tak menjadi, biskut raya dah rupa macam ‘Casper’... Yang penting guna butter Lurpak!

MENARIK DIBACA: Musim Harumanis kembali... Harga jualan bermula RM29 hingga RM49 sekilogram mengikut gred dan saiz

Inisiatif yang dianjurkan di bawah Program MYSaveFood oleh Universiti College Agroscience Malaysia (UCAM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka ini merupakan sebahagian daripada usaha menyokong mengurangkan pembaziran makanan, serta menyebarkan nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Melalui inisiatif seperti ini, Mixue Malaysia terus komited menyokong program kemasyarakatan yang bermakna serta memupuk semangat kebaikan, kemurahan hati dan kebersamaan sepanjang Ramadan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Bukan sekadar nasi 'dibungkus' daun kelapa... Ini 5 jenis ketupat popular, unik ada rasa tersendiri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tak berkira kongsi hasil tanaman, wanita terliur tengok mangga tapi jiran siap letak harga RM6 sekilo

Terhangat