KUALI | Trending

Tak berkira kongsi hasil tanaman, wanita terliur tengok mangga tapi jiran siap letak harga RM6 sekilo

Lead Image

HUBUNGAN sesama jiran selalunya terjalin baik disebabkan oleh perkara kecil seperti berkongsi bahan dapur atau bertukar juadah. 

Namun bagi sesetengah orang, pengalaman berinteraksi dengan jiran juga boleh membuka mata tentang perbezaan sikap manusia dalam menilai sesuatu hal termasuklah berkongsi rezeki.

Menerusi laman Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Sue Safiyyah menulis pengalaman hidup berjiran.

Cerita wanita itu, dia tidak kisah jika jirannya datang meminta bahan dapur seperti serai, lada, daun limau purut dan kadangkala daun pandan yang ditanam di rumah.

Namun tersentak apabila jirannya siap meletakkan harga selepas dia menyatakan hasrat mahu membeli buah mangga yang ditanam.

Wanita ini terus berkongsi rezeki biarpun perlu membayar RM6 untuk sekilogram mangga muda milik jiran.

"Saya tak kisah, biarkan jiran petik sebab bukannya habis. Tapi saya ni terliur tengok mangga muda dekat rumah jirannya. 

"Ingat nak buat sambal mangga jadi saya WhatsApp jiran cakap nak beli. Nak minta segan sebab perangai saya memang malu meminta milik orang. 

"Dia (jiran) jawab RM6 sekilogram. Tergelak saya tapi tak apalah saya beli dan bagi semangkuk dekat dia (jiran). Dua tahun lagi agaknya besar pokok ditanam tepi pagar tu," luah wanita berkenaan. 

MENARIK DIBACA: Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak

MENARIK DIBACA: Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel

Dalam perkongsian lain, wanita ini turut memberitahu suami sering mengingatkan dirinya agar tidak lokek bersedekah meskipun ketika itu berada dalam keadaan susah.

"Sedekah tak semestinya dalam jumlah besar sebab bahagian besar adalah kepunyaan kita. Paling penting adalah keikhlasan dalam memberi.

Wanita ini terasa lucu dengan sikap jiran berkira.

"Jangan kerana kita susah, kita fikir kita hanya layak menerima saja. Sedekahlah sebanyak mampu," kongsinya. 

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warga maya yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi hampir sama dengan jiran mereka. 

Malah ada berseloroh menyarankan agar wanita ini pula menjual serai atau lada ditanam sekiranya jiran tersebut datang meminta lagi pada masa akan datang.

"Kedekut jiran awak, harta orang cukup mahu jenis ni. Saya mana-mana jiran datang ditawar petik cili tepi rumah. Alhamdulillah sejak orang memetik,makin lebat berbuah sampai suami hairan cabai putih lebat sangat.

Komen netizen.

"Lain kali jual juga pada dia (jiran) serai dan lada tu. Kalau nak datang beritahu berapa ringgit. 

"Kalau dia minta lagi daun dekat rumah akak, cakap jual sebab terinspirasi dengan dia waktu jual mangga muda hari tu.

"Lain kali caj serai, pandan, lada tu 10 sen 20 sen je. Bukan untuk untung tapi memang benda percuma orang tak hargai. 

"Saya lagi la, kedai makan sebelah rumah boleh kata selang sehari datang amik daun limau purut dengan daun kari sampai botak pokok kari, daun limau pula sekali ambil berumpun, tak sempat nak tua daunnya. Kalau ambil untuk makan okey, tapi ni untuk berniaga," komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Mixue kongsi kemanisan Ramadan bersama anak yatim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Cubaan ikut resipi Khairul Aming tak menjadi, biskut raya dah rupa macam ‘Casper’... Yang penting guna butter Lurpak!

Terhangat