KUALI | Trending

Cubaan ikut resipi Khairul Aming tak menjadi, biskut raya dah rupa macam ‘Casper’... Yang penting guna butter Lurpak!

Lead Image

MACAM-macam ragam boleh dilihat sepanjang minggu ini di media sosial terutamanya berkaitan proses pembuatan kuih dan biskut raya. 

Kali ini, perhatian ramai tertumpu kepada pengalaman seorang pengguna Threads dikenali sebagai Shazas Kukukk yang berkongsi hasil biskut raya mengikut resipi Khairul Aming. 

Menurut wanita itu, biskut butter dihasilkan menggunakan mentega premium namun kerana tidak mempunyai kelengkapan lengkap, dia terpaksa menggunakan bahan dan barangan lain yang ada di dapur.

Antaranya menggunakan garpu menggantikan muncung doh biskut dan penggunaan beras warna-warni untuk hiasan cip coklat.

"Ramai kata biskut butter saya macam Casper lah.. Hamster lah.. Halloween lah..Saya pakai mentega Lurpak, tak ada orang komen. 

Biskut terhasil kelihatan seperti watak kartun Casper.

"Nak sangat kan, ambil. Sebenarnya ini biskut butter resipi KA tu. Cuma saya tak da muncung doh biskut dan cip coklat. Tapi saya guna mentega Lurpark, sila perasan!" kongsinya. 

Dalam perkongsian seterusnya, wanita itu tidak berputus asa menghasilkan biskut sama sekali lagi namun dengan bentuk lebih bulat tanpa menggunakan garfu dan hanya meletakkan satu sahaja cip coklat. 

"Jangan kata dalam diam saya tak baca komen semua selepas saya dapat semangat semula, saya cuba buat biskut mentega baharu. 

MENARIK DIBACA: 5 makanan ini punca ekzema makin teruk, jika tak elak boleh menggaru sampai luka

MENARIK DIBACA: Pengunjung Jalan TAR terkedu tengok 2 wanita Muslim warga asing makan secara terbuka, beri alasan uzur

"Kali ini lebih baik berbanding semalam. Lebih dari casper, bentuk bulat dan tak guna garfu. Saya cuma guna satu cip coklat dan mengekalkan resipi KA. 

"Cuma kali ini agak nipis sedang mula-mula buat tinggi, lepas masuk oven jadi leper sikit," kongsinya lagi. 

Meskipun begitu, hasil biskut tersebut tetap menarik perhatian netizen.

Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana butter cookies yang ringkas boleh menampilkan karakter comel dan kreatif. 

Perkongsian itu menunjukkan setiap orang mampu menghasilkan kreativiti walaupun tanpa bahan atau peralatan lengkap.

Komen netizen.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman mereka membuat kuih raya di rumah masing-masing.

"Ye tahu, mentega tu mahal tapi jangan ingat kami tak perasan ek tiba-tiba pulak ada biskut jin mata toncet!

"Janji sedap biskut Lurpak sis, jangan pernah menilai biskut menerusi kehantuannya. 

"Ok tiga kali tulis Lurpak. Perasan!

"Misteri sangat biskut raya ni dik. Mentega Lurpak tu mahal kan (siap membodek)!" komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Tak berkira kongsi hasil tanaman, wanita terliur tengok mangga tapi jiran siap letak harga RM6 sekilo

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Musim Harumanis kembali... Harga jualan bermula RM29 hingga RM49 sekilogram mengikut gred dan saiz

Terhangat