Order 50 bekas kuih raya 'homemade' nak buat goodies, peniaga bagi biskut timbang kilo
RAYA tinggal beberapa hari lagi, masing-masing pasti sibuk buat persiapan sambut Aidilfitri bermula dari baju raya hinggalah kuih-muih.
Bagaimanapun tidak semua yang kita rancang berjalan lancar disebabkan faktor tertentu termasuklah menjadi mangsa penipuan individu tak bertanggungjawab.
Begitulah kisah sadis yang menimpa seorang wanita yang kecewa dan marah selepas mendakwa ditipu seorang penjual biskut dalam talian.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, dia meminta kepastian netizen untuk mengetahui sama ada biskut cip coklat yang dibelinya betul-betul dibuat secara 'homemade' atau biskut timbang kilo.

"Tolong cerahkan saya. Biskut ni korang rasa 'homemade' atau timbang kilo?
"Saya tempah 'chocolate chips cookies' dari 'homebaker' dan saya dapat ini," tulisnya.
Berdasarkan foto yang dikongsikan, biskut cip coklat yang didakwa dibeli daripada 'homebaker' itu kelihatan seperti biskut cip coklat biasa yang dijual secara 'timbang kilo' dan dihasilkan di kilang.
Lebih membuatkan pembeli itu kesal apabila penjual menafikan perkara tersebut dan bermati-matian memberitahu biskut itu adalah hasil air tangannya sendiri.
MENARIK DIBACA: [V] Liza Hanim ajar anak-anak buat ketupat, mahu seni anyaman terus terpelihara
MENARIK DIBACA: Rambang mata dibuatnya! ‘Syurga’ kek klasik ada di Taman Melawati
"Kecewa sebab kita percaya dia tau. Dua tahun dah bagi 'job' ni.
"Kawan pun dah lama. Jujur je la ini biskut timbang kilo. Tak mengaku, kecewanya!" kongsinya.
Tambah pembeli itu lagi, dia telah memesan sebanyak 50 balang biskut cip coklat bersaiz kecil berharga RM18 untuk dijadikan 'goodies' raya.
Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi rasa marah dan kesal dengan sikap peniaga itu yang tidak jujur.

Malah, rata-rata percaya biskut yang dijual itu merupakan produk timbang kilo, bukannya 'homemade' seperti yang didakwa.
"Tengok tapak cookies dah tau. Makin pelik bakers sekarang.
"Report jer awak, 'seller' macam ni jangan bagi muka. Tengok tapak biskut pun tahu bukan 'homemade' punya.
"Memang nampak sangat biskut buatan kilang," demikian antara komen netizen.
