KUALI | Trending

Bang Mat ajak rakyat ternak ikan di laman rumah... Ramai berminat, saran buat kursus

Lead Image

JIKA sebelum ini tumpuan diberikan kepada penanaman sayur di rumah, kini pendekatan diperluaskan dengan idea lebih menyeluruh menghasilkan sendiri sumber makanan termasuk protein.

Perkara itu ditekankan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menyarankan masyarakat agar tidak mensia-siakan ruang kecil di kediaman masing-masing.

Menerusi perkongsian di platform Threads, beliau menjelaskan bahawa ternakan ikan tidak memerlukan kawasan luas dan boleh dilakukan secara kecil-kecilan.

Menurutnya lagi, beliau sendiri mempraktikkan kaedah tersebut di kediamannya.

“Kalau ada tanah sikit kat laman rumah, selain tanam sayur, sebenarnya kita boleh manfaatkan untuk ternak ikan juga.

“Bang Mat (Mohamad) ada dua kolam kat belakang rumah. Satu kolam untuk ikan tilapia merah, satu lagi untuk ikan gurami.

“Paling seronok bila tiba bulan puasa macam sekarang ni. Nak berbuka sauk je dua ke tiga ekor dari kolam, terus masuk kuali.

MENARIK DIBACA: [V] Riezman Khuzaimi 'telan' 12 biji telur sehari, hampir 30 tahun tak ambil gula

MENARIK DIBACA: Buntu lauk berbuka... Udang black pepper rangup ini boleh masuk 'list' menu hujung Ramadan

“Segar pun segar, paling penting memang jimat belanja dapur! Teringin nak buat kolam macam Bang Mat juga ke?” kongsinya.

Topik itu menjadi perhatian di platform media sosial terutamanya di laman Threads dengan sebahagian netizen melihat cadangan itu sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan makanan negara.

“Salam YB, rumah saya ada kawasan kosong, macam mana nak buat teranakan ikan? Saya memang tak ada pengalaman pun untuk tanam pokok memang tak sesuai sebeb tanah tu saya dah tambak dengan batu kapur.

“Teringin Bang Mat. Kalau dapat tunjur ajar cara buat kolam tanpa ganggu jiran sangat membantu.

“Kena buat kelas setiap taman perumahan. Nak belajar, asyik mati je tanam atau bela.

“Bang Mat ada buat kursus hujung minggu ke untuk orang muda nak belajar?

“Mantaplah, Bang Mat pun follow internet trend kat rumah juga ye! Gurami.

“Nak juga tapi tak tahu macam mana nak mula,” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Doktor tak kalut di malam raya, juadah Aidilfitri dah masak seminggu lebih awal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Coklat tiramisu badam jenama Beryl’s habis stok, penangan Hwasa buat reviu spontan puji sedap

Terhangat