Nak buat sirap selasih tapi tersilap masuk biji sawi, gelagat suri rumah undang tawa netizen
BERGELAR suri rumah bukanlah setiap masa kerja yang kita buat itu menjadi kan?
Ada hari kita rasa semua serba tak kena, misalnya bahan dah sedia, cara pun ikut betul dah tapi hasilnya tetap lari daripada jangkaan.
Begitulah momen lucu yang berlaku kepada seorang pengguna Threads dikenali sebagai Isya Asma apabila air sirap selasih yang dibuatnya bertukar aneh.
Menurutnya, dia mula perasan ada yang tak kena bila rasa minuman tersebut agak pelik dan sukar diterima tekak.

Lebih mencurigakan, biji selasih yang sepatutnya kembang dalam air langsung tak kelihatan.
“Cerita semalam, buatlah air sirap selasih. Masa minum rasa pelik, rasa dia tu macam tak boleh terima tekak.
“Tapi masa minum dalam gelas tak ada selasih, dalam hati mungkin aku letak selasih sikit kot,” katanya.
Namun, misteri itu akhirnya terungkai apabila anak bongsunya menegur sesuatu yang mencurigakan dalam minuman tersebut.
MENARIK DIBACA: Sirap sarbat minum sejuk-sejuk memang sedap, boleh buat Ramadan nanti
MENARIK DIBACA: Martabak cecah bawang jeruk 'dipersoal', peminat tegar mesti tahu memang dah lama wujud
“Tiba-tiba anak bongsu tanya, ibu biji hitam ni tak kembang pun ibu. Kita pun tengoklah. Cer korang semua teka biji apakah ini?” katanya berseloroh.
Rupa-rupanya, apa yang disangkakan biji selasih sebenarnya adalah biji sawi!
Perkongsian tersebut nyata mengundang gelak tawa dalam kalangan netizen yang rata-rata terhibur dengan situasi berkenaan.

Malah, ramai yang tidak menyangka kesilapan seperti itu boleh berlaku kerana rupa kedua-dua bahan agak berbeza.
“Kan lain tu, macam mana boleh tersalah. Ya Allah kalau time kerja macam ni terbalik dapur tu,” komen seorang netizen.
Lebih mencuit hati, seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman yang sama tetapi kali ini tersilap memasukkan biji selasih.
“Ha elok… aku pulak bantai letak biji selasih dalam lauk ikan,” tulisnya.
