Beli laksam, dapat mi chee cheong fun! Pembeli kena tipu hidup-hidup
PELANGGAN sering menjadi mangsa penipuan peniaga yang bukan sahaja tidak jujur tetapi suka mengubah keaslian sesuatu makanan.
Begitulah apa yang dihadapi seorang wanita apabila keinginannya untuk makan laksam terbantut selepas melihat jenis mi yang digunakan peniaga.
Apa yang mengejutkan, mi yang digunakan adalah chee cheong fun dan bukannya mi laksam biasa.

“Sampai rumah nak berbuka nah kau laksam macam ni rupa! Pertama kali jumpa laksam pakai kuetiau yong tau foo (che cheong fun).
“Asal boleh je niaga ek, sedap ke tak sedap aku boleh terima lagi. Tapi ni namanya laksam ke?” katanya, kesal.
Wanita itu turut memuat naik gambar hidangan berkenaan dan jelas kelihatan ia adalah chee cheong fun, bukannya kuetiau.
MENARIK DIBACA: Laksam ‘homemade’ ala pasar pagi di Kelantan, ada trik mudah isi licin berkilat
MENARIK DIBACA: Dari ratu kosmetik ke dapur... Datin Isma dah ‘ready’ nak pencen, buka restoran Kantan sebab anak-anak - “Ada syarat perlu mereka penuhi”
Bagi yang tidak tahu, laksam merupakan hidangan tradisi dari Pantai Timur khususnya Kelantan yang terkenal dengan kuah lemak putih berasaskan ikan.
Mi laksam dihasilkan daripada tepung beras dan digulung tebal, menjadikannya berbeza dengan kuetiau walaupun sekilas pandang nampak serupa.
Rasanya pula lemak, sedikit manis dan disajikan bersama ulam serta sambal untuk melengkapkan keenakan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat makanan tradisi itu diubah suai sehingga begitu sekali.
Malah ramai yang menyifatkan tindakan peniaga tersebut sebagai merosakkan identiti hidangan apabila menggunakan bahan yang tidak sepatutnya.
“Sejak bila laksam ada limau kasturi? Kalau dekat Kelate laksam guna kuih putih, ada ulam dan sambal je.
“Jauh benar 'larinya' laksam, banyak betul bahan dia guna salah," antara komen netizen.
