KUALI | Trending

Lori KitKat dirompak, hampir setengah juta bar coklat lesap!

Lead Image

SYARIKAT makanan gergasi Switzerland, Nestle, memaklumkan kira-kira 12 tan atau 413,793 bar coklat jenama KitKat miliknya dicuri selepas lori meninggalkan tapak pengeluaran di Itali awal minggu lalu menuju ke Poland.

Dalam satu kenyataan, jurucakap syarikat berpangkalan di Vevey, Switzerland itu berkata lori tersebut bersama muatannya bagi tujuan pengedaran ke seluruh pasaran Eropah masih gagal dikesan. 

Kejadian kecurian kargo itu dikesan berlaku ketika kenderaan berkenaan berada dalam perjalanan sejauh kira-kira 1,350 kilometer antara lokasi pengeluaran dan pusat pengedaran.

Pelanggan dan peniaga boleh imbas kod untuk pastikan produk coklat itu bukan dicuri.

Namun lokasi tepat kehilangan lori tidak didedahkan kepada umum.

Nestle berkata, penghantaran itu melibatkan coklat rangkaian produk baharunya, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan di rak jualan menjelang musim perayaan Easter tidak lama lagi.

MENARIK DIBACA: Tuan rumah hidang belangkas, influencer teruja pertama kali cuba menu eksotik... “Macam mana cara makan?”

MENARIK DIBACA: Mudahnya buat lemon cheesecake, tak perlu guna oven... Confirm sedap!

Syarikat itu turut mengeluarkan amaran kepada pengguna dan peruncit bahawa coklat dicuri berkemungkinan besar memasuki pasaran tidak rasmi di Eropah pada harga lebih rendah.

Nestle menegaskan bahawa setiap bar coklat mempunyai kod kelompok unik membolehkan ia dikesan secara digital oleh pengguna dengan hanya mengimbas kod.

Pihak syarikat itu turut mengeluarkan amaran Pihak Nestke memaklumkan pengguna dan peruncit coklat dicuri berkemungkinan besar memasuki pasaran tidak rasmi di Eropah.

Kaedah itu membolehkan pelanggan mengenal pasti sama ada produk dibeli adalah sebahagian daripada barangan curi atau sebaliknya.

Jurucakap jenama KitKat berkata walaupun penjenayah seolah-olah mengambil slogan syarikat, iaitu 'Berehat Sebentar' secara literal dengan melarikan produknya, isu kecurian kargo sebenarnya adalah satu cabaran keselamatan semakin meningkat dan rumit buat perniagaan.

Nestle bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi rantaian bekalan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi menjejaki pelaku serta mendapatkan semula barangan hilang.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Lemang kelamai cuma ada di Perak, 3 hari buat baru siap! Ketahui sejarah, keistimewaannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Buat makan-makan, rakan 'angkut' kaum kerabat datang dengan 7 kereta - "Habis makanan kami"

Terhangat