Jangan tunggu sampai kena dialisis, belajar cara jaga buah pinggang guna 3 bahan ini
MUDAH letih walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti berat membuatkan seorang lelaki bimbang tentang tahap kesihatannya.
Atas kesedaran itu, pemuda berkenaan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dimaklumkan bacaan asid urik dan kreatinin buah pinggangnya mencatatkan peningkatan mendadak.
Peningkatan bacaan kreatinin menunjukkan fungsi buah pinggang seseorang semakin lemah dan tanpa rawatan segera ia boleh menyebabkan organ itu rosak dan perlu menjalani dialisis.
Sebagai ikhtiar, pemuda tersebut menerusi Facebook DYXL VIRAL berkongsi petua orang lama dalam membantu menjaga kesihatan buah pinggang sekali gus menurunkan bacaan asid urik dan kreatinin secara semula jadi.
Hanya dengan menggunakan tiga campuran bahan iaitu epal hijau, lobak putih dan saderi, petua yang diamalkan itu dikatakan membantu 'mencuci' buah pinggang dan detoks harian.
Bahan-bahan:
- 1 batang saderi
- 1/2 batang lobak putih
- 1 biji epal hijau
- 1/2 cawan air sejuk
- 1 sudu perahan lemon (pilihan)
MENARIK DIBACA: Tak boleh telan matcha sebab rasa macam rumput, gyokuro pula lebih manis dan lembut
MENARIK DIBACA: Muaz Mohsin ‘terer’ masak kari kepala ikan, pernah kerja tukang masak sebelum jadi pelakon
Cara penyediaan:
1. Potong semua bahan kecil-kecil.
2. Masukkan ke dalam pengisar, tambahkan air dan kisar sehingga halus.
3. Amalkan minum setiap pagi sebelum sarapan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.
Mengapa bahan yang digunakan dikatakan membantu memelihara buah pinggang? Kajian mendapati saderi berupaya mengurangkan tekanan darah dan mencuci darah daripada toksin.
Lobak putih pula membantu menggalakkan pengeluaran urin dan larutkan asid urik. Sementara epak hijau pula tinggi antioksidan dan membantu meneutralkan PH pada buah pinggang.