Jangan risau kalau tak suka lobak merah, ini 5 makanan lain untuk sihatkan mata
ANTARA pancaindera paling berharga dan penting dalam kehidupan manusia adalah mata yang memiliki fungsi untuk melihat.
Tidak semua orang dapat merasai nikmat itu kerana ada di antara kita yang dilahirkan tanpa penglihatan manakala ada pula disebabkan kemalangan.
Mereka yang tidak mengalami sebarang masalah berkaitan penglihatan sepatutnya bersyukur dan mengambil berat tentang kesihatan mata.
Selain lobak merah, terdapat banyak lagi sumber pemakanan lain yang baik untuk penglihatan.

1. Brokoli
Brokol mengandungi mineral yang banyak seperti lutein, zeaxanthin, selenium, asid alfa lipoik, vitamin C dan E serta asid folik yang baik untuk mata.

2. Jagung
Jagung mempunyai sumber lutein berupa pigmen kuning yang terdapat dalam makula. Fungsinya adalah untuk melindungi rod dan kon daripada kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinar UV.

3. Epal
Buah epal mengandungi antioksida termasuk pigmen tumbuhan dikenali quercitin yang berfungsi untuk melindungi mata daripada sinaran matahari.
Selain itu, fungsi lain pigmen quercitin diketahui dapat membantu mengurangkan kebocoran pada saluran darah kecil di dalam retina.

4. Mangga
Kelebihan buah mangga juga sama seperti kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran kuning yang memiliki sumber vitamin A dan E yang berfungsi untuk mengawal tekanan pada mata.

5. Ikan
Ikan seperti tuna, salmon dan tongkol termasuk makanan yang kaya dengan sumber vitamin untuk mata. Ikan mengandung lemak omega-3 yang baik untuk meningkatkan fungsi penglihatan dan kesihatan retina mata selain mencegah mata menjadi kering.