KUALI | Trending

Harga barangan harian ‘mesra rakyat’.. Ini 10 fakta menarik Madani Mart

Lead Image

ISU kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat kini mendorong kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban perbelanjaan harian. 

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pembukaan cawangan runcit pertama Madani Mart, sebuah rangkaian kedai runcit komuniti yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat berdepan kos sara hidup yang meningkat.

Berikut 10 fakta menarik mengenai penubuhan Madani Mart di Malaysia:

Madani Mart ialah kedai komuniti yang menjual barang keperluan harian.

MENARIK DIBACA: Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak

MENARIK DIBACA: Periuk 'pressure cooker' tak bagi kerjasama, laksa direbus jadi ambuyat

1. Madani Mart ialah kedai komuniti yang menjual barang keperluan harian dengan harga murah supaya rakyat boleh berjimat.

2. Kedai ini dikendalikan oleh Yayasan MADANI dan kerajaan tidak melibatkan perbelanjaan mahupun modal dari kerajaan.

3. Cawangan pertama dibuka di Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang dan dirasmikan oleh Anwar pada 3 April 2026.

4. Slogan Madani Mart ialah “Kedai Runcit Harga Rahmah”, bermaksud harga barang adil dan mampu milik.

5. Madani Mart akan membuka paling kurang satu cawangan di setiap DUN di seluruh Malaysia.

Inisiatif ini dilancarkan bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup.

6. Dalam tempoh dua tahun, kerajaan mensasarkan 640 cawangan di seluruh negara.

7. Madani Mart berbeza dengan projek Kedai Rakyat 1Malaysia( KR1M) di mana kerajaan tidak menanggung kos modal atau stok secara langsung.

8. Projek ini beri peluang perniagaan kepada usahawan tempatan dengan latihan dan sokongan.

9. Barang yang dijual termasuk beras, minyak, gula, tepung, mi segera, telur, roti, minuman, dan barangan kebersihan dengan harga lebih rendah.

10. Tujuan Madani Mart adalah mahu memudahkan rakyat terhadap akses kedai, membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menyokong ekonomi tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Jangan mengeluh penat masak, risau kuih raya habis... Tetamu datang beraya satu rahmat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Lipas dalam minuman, pelanggan kecewa pemilik kedai anggap insiden 'tak logik'!

Terhangat