Makan tempe mentah, lebih tinggi nutrisi... Lelaki beri nasihat kepada yang nak mencuba
DALAM dunia serba moden hari ini, trend pemakanan sihat semakin mendapat perhatian, termasuklah diet berasaskan fermentasi yang dikatakan baik untuk sistem penghadaman.
Perkongsian seorang pengguna Threads yang meratah tempe mencuri tumpuan bukan sahaja dalam kalangan rakan sepejabatnya malah warga maya.
"Kat pejabat pelik tengok saya makan mentah macam ni," tulisnya ringkas sambil merujuk kepada gambar tempe dimakan tanpa digoreng atau dimasak.

Bagi yang ingin mencuba, dia menasihatkan supaya tempe dibeli dalam keadaan segar serta masih suam menandakan ia baru diproses.
"Korang kalau nak, kena beli 'fresh' kat kedai Aceh selalu jual. Pegang masih panas atau suam.
MENARIK DIBACA: Lori KitKat dirompak, hampir setengah juta bar coklat lesap!
MENARIK DIBACA: [V] Kodi Rasheed trauma termakan daging busuk - “Bagi wagyu pun saya tak boleh telan”
"Jangan beli dah masak sangat, tu saya pun tak lalu telan. Korang cuba dulu, nikmat," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, ramai warga maya turut berkongsi pandangan masing-masing, malah ada yang mengakui sudah lama mengamalkan cara pemakanan itu.

Sebahagian mereka percaya tempe mentah mempunyai kandungan nutrisi serta probiotik tinggi sekali gus memberi manfaat kepada kesihatan usus.
"Guys, tempe mentah macam ni protein 'underrated' tau, boleh makan sedap.

"Mentah lagi sedap rasa lemak. Ramai cakap pelik sedangkan tak silap memang dari dulu ada orang makan mentah.
"Ramai tak tau lagi berkhasiat makan tempe mentah.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang berasa tidak selesa melihat cara tersebut.
"Tak pernah terfikir dek kepala otak saya nak makan macam tu je. Ni membuka dimensi baharu teknik pemakanan tempe.
“Dia buat tempe mentah macam makan coklat Cadbury je geng,” antara komen netizen.
Tempe adalah makanan tradisional khas Indonesia hasil fermentasi kacang soya.
Tempe kaya dengan protein, serat, kalsium, serta zat besi.
Fermentasi meningkatkan nilai gizi dan menjadikan protein soya lebih mudah dicerna.