Beli nasi kukus, terbantut selera nampak 3 ulat 'jalan-jalan' dalam plastik lauk
SEBAGAI pengusaha kedai makan, selain memberi jaminan keenakan sajian, kebersihan dan kualiti juga perlu diberikan keutamaan.
Justeru, kritikan dan perkongsian pengalaman buruk yang sering dikongsikan pelanggan di laman sosial perlu diambil perhatian dan dijadikan peringatan serta iktibar oleh peniaga.
Di Threads, seorang pelanggan berkongsi pengalamannya membeli nasi kukus secara 'online' dari sebuah kedai di Kota Damansara, Selangor yang didakwa mempunyai tiga ekor ulat.
Kejadian itu bukan sahaja menjijikkan, tetapi juga menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna mengenai standard kebersihan di premis berkenaan.

“Warga Kota Damansara, please alert satu kedai nasi kukus.
“I beli makanan dari sini dan jumpa tiga ekor ulat dalam makanan.
MENARIK DIBACA: Mahu kuetiau ladna rasa manis beraroma? Rahsianya tambah buah laici dalam kuah
MENARIK DIBACA: Aizat Saha makan banyak, tak kira musim raya atau tidak... Stres berat badan susah naik
“Bukan nak jatuhkan sesiapa, tapi ini tentang kebersihan. Harap pihak kedai ambil serius perkara ni,” kongsinya di Threads.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, dia dilihat membeli nasi kukus bersama ayam masak kicap dan telur dadar dari kedai tersebut.
Menerusi perkongsian videonya pula, kelihatan ulat sedang berjalan di dalam bungkusan plastik lauk dipercayai ayam masak kicap.
Menerusi ruangan komen, wanita itu memberitahu dia tidak pernah pergi ke kedai berkenaan namun sudah dua kali membuat pesanan makanan secara dalam talian.
Perkongsian itu mengundang perhatian warga maya malah ramai memaklumkan bahawa mereka hilang selera selepas melihat sendiri keadaan kedai makan itu yang didakwa tidak bersih.

“Memang kotor kedai dia wak. Kita lalu pun tak selera.
“Wow macam mana boleh terlepas masih berniaga ni banyak orang komen buruk kat Google review.
“Sejujurnya saya pernah pergi ke kawasan restoran tu sebab nak pergi kedai sebelah. Dari luar, memang nampak kebersihan tak meyakinkan.
“Kalau dah berulat ni maksudnya dah rosak lama la kan? kalau tak, takkan ulat boleh besar,” antara komen warganet.
Sementara itu, seorang netizen berkongsi tentang tindakan yang boleh diambil pelanggan berhubung isu ini:
Jika anda mendapati makanan yang dibeli tercemar (berulat, kotor atau basi), anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa berikut di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
1. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
Ini adalah saluran utama bagi isu kebersihan makanan.
Anda boleh membuat laporan melalui:
* Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA): moh.spab.gov.my
* Pejabat Kesihatan Daerah (PKD): Hadir terus ke PKD yang berdekatan dengan lokasi premis tersebut.