Rumah terbuka Noor Nabila 'next level'! Pinggan plastik, sudu 'emas' beli dari luar negara
APABILA menganjurkan rumah terbuka, ramai memilih peralatan pakai buang kerana lebih praktikal dan tak perlu bazirkan tenaga untuk membasuhnya.
Tapi lain pula ceritanya dengan usahawan Noor Nabila yang mencuri perhatian apabila menggunakan barangan tersebut yang nampak mahal dan mewah untuk majlis rumah terbukanya.
Perkara itu dikongsi oleh rakannya, pempengaruh Rosix Omar yang mendedahkan Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 42, membeli pinggan serta piring dengan rekaan mewah dari platform e-dagang antarabangsa.

“Nabila tak nak pinggan plastik biasa, jadi dia cari di Amazon yang lebih eksklusif.
“Dia kata beli pinggan ini untuk guna waktu rumah terbuka, nampak lebih cantik dan tak perlu guna yang biasa macam di kedai.
"Nabila ni kalau boleh, tisu pun beli dari luar negara,” Rosix berseloroh mengenai sikap Nabila yang juga merupakan kakak kepada artis Neelofa.
MENARIK DIBACA: Elak pembaziran cawan plastik semasa rumah terbuka, wanita ini tulis nombor... Siap gurau ada cabutan bertuah
MENARIK DIBACA: [V] Dah bertahun Neelofa tak jejak bazar Ramadan... Lagi suka masak di rumah walau cuma satu lauk
Rosix, 43, berkongsi perkara itu menerusi satu video di InstaStory miliknya pada Selasa.
Turut dilihat dalam perkongsiannya adalah sudu, garfu dan pisau berwarna keemasan serta tisu yang dibeli bersama pinggan dan piring tersebut.
Berdasarkan keterangan di laman e-dagang berkenaan, barang-barang tersebut adalah berkualiti tinggi, diperbuat menggunakan plastik tebal dan tidak mudah rosak.
Tinjauan Kuali mendapati, harga bagi satu set lengkap barangan itu untuk 50-100 tetamu adalah sekitar AS$53 (RM220) tidak termasuk kos penghantaran.
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan ketelitian Nabila yang menjaga setiap aspek apabila mengadakan majlis.
“Wei memang 'next level' betul si Nabila ni. Siap fikir sampai ke pinggan tetamu makan pun kena lawa-lawa, terus rasa eksklusif dan cantik.
"Bila kau malas basuh pinggan tapi 'still' nak nampak eksklusif depan tetamu.
"Ni kalau dapat kat mak aku dia suruh basuh balik, tak adanya nak buang," antara komen netizen.