KUALI | Trending

Beli nasi lemak, dapat ayam sambal berulat - "Tak beritahu pun ada tambahan protein"

Lead Image

SEKARANG ni makin kerap pula perkongsian pengalaman pembeli yang mendakwa menerima makanan bermasalah seperti basi, busuk dan berulat.

Di Threads, seorang wanita memuat naik satu video pendek menunjukkan ulat dalam isi ayam sambal nasi lemak yang dibeli oleh suaminya.

Wanita itu berkata, dia tidak menyangka hidangan tersebut menyembunyikan ‘kejutan’ yang tidak diingini.

Sebaiknya, sebelum makan perhati terlebih dahulu kebersihan makanan dibeli.

"Pagi tadi suami beli nasi lemak sebelum dia pergi kerja. Eh tak beritahu pun ada tambahan 'protein'.

"Nasib buka dulu sebelum bagi anak makan," kongsinya sinis, merujuk kepada beberapa ekor ulat pada ayam.

Wanita itu memaklumkan sajian itu tidak sempat dijamah sesiapa dan terus membuangnya walaupun hanya ayam yang mempunyai ulat.

MENARIK DIBACA: Umur 60 tahun masih cun macam anak dara, Sasha Aziz kongsi amalan pemakanan ibu

MENARIK DIBACA: Nikmat asam rebus ikan naik ke 'next level' lepas tambah nanas, bunga kantan

“OK je, tak makan pun, buang terus semua walaupun satu saja berulat," jelasnya lagi. 

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan seorang individu mendedahkan pengalaman hampir sama melibatkan telur rebus dalam nasi lemak dibelinya.

Menurut individu berkenaan, ulat halus ditemui di antara bahagian kuning dan putih telur, sesuatu yang sukar dikesan jika tidak diperhatikan dengan teliti.

Seorang wanita turut berhadapan dengan situasi telur rebus berulat.

"Saya punya antara telur kuning dan telur putih. Tak tahu macam mana Allah bagi rezeki bagi nampak, sebab halus betul. Gelinya terasa sampai ke dalam tekak," katanya, menggambarkan rasa jijik.

Di ruangan komen, rata-rata netzen berasa loya dan bimbang sambil menyarankan pengguna lebih berhati-hati dengan setiap makanan dibeli.

Mereka turut menasihatkan 'mangsa' agar membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya peniaga yang tidak mementingkan aspek kebersihan terus dibiarkan bebas berniaga.

"Gelinya terasa sampai ke dalam tekak dia (ulat) godek-godek.

"Ya Allah, dah kenapa boleh sampai jadi macam tu. Tolong la jangan jual tak habis keesokan hari. Nak muntah, geli.

Komen netizen.

"Aduh meremang tengok. Jenis saya ni kalau dah beli buka terus ngap (makan). Lepas ni kena belek dulu, takut.

"Wuish, buat 'report' tak? Bahaya orang lain kena nanti. 

"Ew, dia (peniaga) masak tiga hari lepas ke nasi tu?" antara komen netizen. 

Makan makanan rosak atau tercemar boleh mendatangkan risiko kesihatan serius dan perkara ini sering dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Justeru orang ramai diingatkan supaya melaporkan insiden terjadi bagi mengelakkan risiko kepada orang lain.

Berikut adalah pencerahan mengenai kesan pengambilan makanan berulat: 

1. Keracunan makanan kerana ulat biasanya membiak di makanan tercemar atau disimpan lama mengandungi bakteria seperti Salmonella, E. coli atau Clostridium perfringens.

2. Individu termakan hidangan basi atau berulat boleh mengalami gejala seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit perut dan demam.

3. Sesetengah individu boleh mengalami alergi terhadap protein dari ulat atau larva dan menunjukkan gejala seperti ruam, gatal, bengkak atau sukar bernafas dalam kes teruk.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Santan segar pekat semacam, pembeli syak campur tepung! Hasil 'uji kaji' mengecewakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Rumah terbuka Noor Nabila 'next level'! Pinggan plastik, sudu 'emas' beli dari luar negara

Terhangat