[V] Ramai risau tengok lelaki berdiri tunggang motosikal, angkut timbunan guni ais batu
TINDAKAN seorang lelaki membawa muatan ais batu dalam kuantiti luar biasa menggunakan motosikal mencetuskan kebimbangan ramai apabila rakamannya tular di media sosial.
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan menunggang motosikal sambil berdiri dan membawa sembilan guni besar berisi ais batu.
Lebih membahayakan, muatan tersebut disusun tinggi di bahagian atas motosikal sehingga menutupi hampir keseluruhan kenderaan.
Apa yang lebih mengundang perhatian, penunggang itu dilihat langsung tidak dapat duduk di atas tempat duduk motosikal kerana ruang telah dipenuhi dengan timbunan guni ais tersebut.
Dia juga turut dilihat tidak memakai topi keledar semasa menunggang.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan KH Abdullah Bin Nuh, Kota Bogor, Indonesia.
Aksi berkenaan jelas menimbulkan risiko dan bahaya bukan sahaja kepada dirinya, malah pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini.
Rakaman tersebut kemudiannya tular dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata meluahkan kebimbangan serta menganggap tindakan itu sangat berbahaya.
MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"
MENARIK DIBACA: Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!
"Bukan nampak 'rare' tapi sangat membahayakan dirinya dan orang lain.
"Memang bahaya. Tak pakai 'helmet' pula tu. Kalau dia jatuh sendiri tak apa tapi kalau melibatkan orang lain macam mana?
"Memang kita faham dia nak cari rezeki tapi keselamatan tetap kena utamakan," antara komen netizen.